Blogger Template by Blogcrowds.


Kisah seram yang ketiga ini pula antara kejadian seram yang saya alami sewaktu di sekolah rendah. Waktu itu saya berumur 12 tahun. Sudah menjadi kebiasan pelajar-pelajar darjah enam yang akan mengambil peperiksaan, pihak sekolah akan mengadakan program bacaan Yaasin dan Qiamulail. Jadi pada malam Sabtu itu (jika tidak silap saya), selepas beramai-ramai membaca surah Yaasin dan makan malam kami semua diarah untuk tidur awal bagi mempersiapkan diri untuk bangun pada pukul 2 pagi bagi sesi Qiamulail. Pelajar perempuan diarah tidur di dalam surau manakala pelajar lelaki tidur di dalam kelas.

Di dalam kelas, semua meja disusun secara bercantum, diletakkan tikar dan kami beramai-ramai tidur di atasnya. Dah nama pun budak-budak, disuruh tidur tetapi kami semua berjaga dan bermain. Susah nak dapat peluang tidur beramai-ramai begini. Jika ternampak kelibat Ustaz berjalan, kami semua akan buat-buat tidur. Tidak jauh dari belakang kelas kami ini ada terdapat satu lorong jalan tar lama, hanya muat untuk motosikal lalu sahaja. Ketika itu kami semua sudah kepenatan dan masing-masing sudah baring untuk tidur.

Tiba-tiba kedengaran seperti bunyi rantai besi diseret di atas jalan, tidak lama selepas itu bunyi seperti kereta berkuda lama lalu di lorong jalan itu. Sayup-sayup kedengaran bunyi tapak kaki kuda. Kami semua terdengar dan masing-masing takut untuk menjenguk keluar tingkap. Memang kedengaran agak fantasi dan tidak masuk akal, tapi menurut seorang rakan yang sempat menjenguk ke luar, dia terlihat kelibat satu lembaga hitam sedang berdiri di hujung jalan. Kami tidur dalam ketakutan malam itu.
Mungkinkah pahlawan berkuda tersesat ke dalam mesin masa? hmm.

Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home