Blogger Template by Blogcrowds.


Farah baru sahaja menghabiskan pengajiannya di UiTM. Dia masih belum dapat pekerjaan lagi. Farah diarahkan oleh ayahnya untuk bekerja sambilan di sebuah tanah perkuburan Cina milik kawannya. Ia bukan pekerjaan yang diingini namun Farah tiada pilihan.

Tugas Farah ialah membersihkan kawasan kubur seperti menyapu, memotong rumput dan mengelap batu nisan. Hanya bos dia sahaja yang menguruskan mayat untuk dikebumikan. Terdapat satu bilik mayat yang menyimpan mayat-mayat sebelum dikebumikan.

Setelah seminggu berlalu Farah dapat membiasakan diri bekerja di situ. Namun sehingga pada suatu petang, terjadi perkara yang tak diingini. Semasa Farah membersihkan bilik mayat, pintu bilik itu tertutup ditiup angin. Pintu itu terkunci secara automatik. Farah tertinggal kad pintu dan handphone diluar bilik mayat. Farah tidak ingat kata laluan untuk buka pintu automatik itu.

Farah sedar dia terperangkap seorang diri bersama mayat-mayat dalam keranda. Bilik itu agak sejuk bagi memastikan mayat tidak mereput. Farah cuba menjerit minta tolong namun waktu itu bosnya selalu tiada di kawasan kubur. Pekerja lain sudah lama pulang.

Farah tidak mahu bermalam bersama mayat. Farah melihat ada satu tingkap kecil yang agak tinggi untuk dicapai. Farah tolak troli keranda ke arah tingkap itu. Dia panjat troli dan berdiri di atas keranda kayu.

Farah cuba mencapai tingkap itu tapi tidak sampai. Dia tiada pilihan lain jadi dia cuba melompat dari atas keranda kayu itu.

Tangannya hampir capai ke tingkap namun apabila dia turun semula, kakinya telah tersepit di dalam keranda kerana papannya telah retak dan berlubang kesan dari lompatan. Kaki Farah luka dan berdarah kerana mungkin terkena serpihan kayu yang tajam. Farah cuba keluarkan kakinya dari keranda itu. Setelah berusaha, akhirnya Farah berjaya keluarkan kakinya.

Farah turun dari keranda dan merangkak ke lantai. Kakinya masih berdarah. Farah mula menangis berseorangan. Tiba-tiba pintu bilik mayat itu terbuka. Farah melihat bosnya yang baru sampai. Bos dia terkejut melihat Farah terbaring dah berdarah di kakinya.

Farah menceritakan dia terperangkap dalam bilik mayat itu. Bos Farah membawanya ke hospital untuk merawat kakinya. Setelah doktor membersihkan luka kaki Farah, dia mula memeriksa luka itu.

"Bagaimana kamu mendapat luka ini?" tanya doktor kepada Farah.

"Terkena serpihan kayu ketika saya lompat dari keranda." jawab Farah

"Tapi kesan luka ini bukan seperti kena serpihan kayu.."

"Hah betullah doktor. Habis kalau bukan kena kayu habis apa pula?" soal Farah.

"Ia seperti kesan gigitan manusia.."

Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home