Blogger Template by Blogcrowds.


Nabila merupakan seorang pelajar universiti dan menetap berseorangan di sebuah apartment kepunyaan makciknya. Dia tinggal di tingkat 4. Pada satu malam, Nabila baru sahaja makan malam di rumahnya. Ketika dia mahu membasuh pinggan, handphonenya berbunyi. Dia lihat skrin handphonenya keluar nama Fatin iaitu kawannya.

"Hey Fatin, kenapa call?"

"Tak ada pape, I boring la. Nak lepak rumah you boleh?" kata Fatin.

"Boleh je, datanglah. Boleh tengok movie ke."

"Cantik. I datang dalam 15 minit tau. Tunggu ye." balas Fatin dengan nada gembira.

Nabila meletakkan handphonenya. Dia terus ambil tuala untuk mandi sementara tunggu Fatin datang. Selepas 10 minit, sedang Nabila shampoo rambutnya, dia terdengar bunyi orang ketuk pintu.

Knock! Knock! Knock!

Nabila buka sedikit pintu tandas dan menjerit.

"Masuklah, pintu tak berkunci."

Beberapa minit kemudian, Nabila terdengar lagi bunyi ketukan pintu.

Knock! Knock! Knock! Knock! Knock! Knock!

Nabila keluarkan kepalanya dari pintu tandas dan menjerit.

"Pintu tak kuncilah. Masuk je la!"

Tiba-tiba handphone Nabila berbunyi. Nabila ambil handphonenya di ruang tamu dalam keadaan rambutnya masih bershampoo. Dia jawab panggilan Fatin

"Kan saya dah kata pintu tak kunci. Masuk je la."

"Awak.... Jangan buka pintu..." suara Fatin yang agak tergagap

"Kenapa Fatin? Awak kat mana?"

"Saya kat bawah tangga apartment awak... Saya ternampak ada seorang wanita kat depan pintu awak.... Rambut dia panjang... Dia merangkak... dengan badan yang terbalik..." kata Fatin sambil mengigil ketakutan..

Nabila terkejut apabila mendengar kata Fatin. Dengan keadaan takut, dia toleh ke belakang dan dapati pintu depannya telah terbuka.

"Fatin! Pintu rumah i terbuka. Macam mana ni!"

"Nabila... Saya nampak dia baru masuk rumah you..."

"Awak jangan main-main Fatin..."

Tiba-tiba Nabila terdengar bunyi pintu tertutup. Ia datang dari bilik tidur Nabila.

"Fatin, ada orang masuk dalam bilik saya.. Dia tutup pintu."

"Awak jangan buka pintu tu! Awak terus keluar rumah! Saya tunggu awak kat bawah tangga ni. Cepat!" tegas Fatin.

"Baiklah awak. K bye." Nabila meletakkan handphonenya.

Fatin tunggu Nabila di tangga. Badannya mengigil ketakutan. Dia berharap Nabila tidak menimpa apa-apa kemalangan. Setelah beberapa minit, Nabila masih tidak muncul. Fatin mula risau. Dia cuba call Nabila tapi tiada jawapan. Perlahan-lahan dia mengintip pintu rumah Nabila. Pintunya masih terbuka.

Fatin tiada pilihan lain, dia terpaksa masuk ke dalam rumah Nabila untuk siasat. Dengan keadaan ketakutan, perlahan-lahan dia masuk namun tidak nampak bayang Nabila. Dia teringat yang Nabila kata ada seseorang memasuki bilik tidurnya. Dia toleh ke arah bilik Nabila. Pintunya terbuka sedikit.

"Nabila... Awak kat dalam bilik ke?"

Tiada siapa menyahut. Fatin resah.

Pang!

Ada bunyi sesuatu jatuh dari bilik Nabila. Fatin terkejut.

"Nabila? Awak ke tu?

Kring! Kring!

Handphone Fatin berbunyi. Skrin dia tulis nama Nabila.

"Hello. Nabila? awak kat dalam bilik ke?"

"Bilik? Saya kat bawah tangga ni. Mana awak? Kata nak tunggu kat sini?"

Fatin terkejut. Dia ingat Nabila berada di biliknya. Perlahan-lahan dia toleh ke arah bilik. Ada seorang wanita dalam keadaan terbalik sedang merenungnya...

Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home