Blogger Template by Blogcrowds.


Ketika saya berumur 15 tahun, terdapat sebuah bangunan dua tingkat yang terbengkalai di pekan saya. Ramai mengatakan bangunan itu berhantu kerana keadaanya yang begitu teruk sekali. Dindingnya retak dan cermin tingkap hampir semua pecah. Hanya tinggal semak samun menghiasi bangunan itu.

Pada suatu petang, demi menguji keberanian, saya dan Hafiz bercadang untuk pergi ke bangunan itu. Kami memanjat cermin tingkap di belakang bangunan kerana pintu depan sudah dirantai. Apabila kami masuk, keadaan penuh dengan habuk dan gelap. Hafiz mengambil torchlight dan suluh ke arah dinding.

Kami ternampak tulisan di dinding tertulis "Aku dah matikah?"

"Mungkin ni kerja matpet conteng-conteng dinding." kata Hafiz.

"Ya mungkin juga" saya balas dengan sedikit gementar.

Kami pun meneroka bilik-bilik di tingkat bawah. Kami terjumpa satu bilik yang kelihatan seperti dapur. Terdapat satu tulisan lagi yang berbunyi "Saya berada di tingkat atas"

Kami pun menaiki tangga untuk pergi ke tingkat atas. Saya berjalan di depan sebab Hafiz mula kelihatan takut. Apabila kami sampai, terdapat satu lorong yang sempit. Di hujung lorong itu terdapat satu pintu bilik yang tertutup. Di pintu itu tertulis "Kamu akan jumpa saya di sini"

Hafiz sudah mula mengigil. Saya pun mula takut tapi saya masih beranikan diri. Hafiz tidak mahu meneruskan lagi namun saya memujuknya tak ada yang perlu ditakutkan. Kami pun berjalan menuju pintu itu. Saya buka pintu dan dapati didalamnya hanya bilik kosong.

Namun terdapat dua pintu di dalam bilik itu yang tertulis perkataan yang mengerikan. Pintu sebelah kiri tertulis "Kepala saya disini" manakala pintu sebelah kanan tertulis "Badan saya di sini"

Hafiz sudah tidak tahan lagi dan mahu pulang. Saya menahan tangan Hafiz namun dia tolak saya dan terus berlari keluar. Saya masih berada di bilik itu kerana sifat ingin tahu menebal di dalam diri. Saya buka pintu di sebelah kiri dan masuk ke dalam.

Di dalam bilik itu tiada apa-apa yang ganjil. Saya keluar balik dan masuk ke bilik sebelah kanan. Di dinding bilik itu tertulis "Badan saya dikebumikan di sini"

Saya lihat lantai di bawah dan terdapat satu tulisan lagi "Kepala saya akan datang dari belakang kamu."

Saya terdengar bunyi pintu terbuka. Saya toleh ke belakang dan ada sesuatu berpusing ke arah kaki saya.

Ia adalah kepala Hafiz!

Dia sudah mati, matanya terbuka seperti melihat ke arah saya. Saya menjerit ketakutan dan terjun ke luar tingkap dari tingkat dua. Tangan saya patah dan terus pulang ke rumah untuk beritahu kepada ibu bapa saya.

Ibu bapa saya membawa polis ke bangunan itu. Selepas di siasat mereka tidak menjumpai apa-apa tulisan di dinding. Namun apabila saya beritahu ada satu badan di kebumikan di lantai bilik tingkat dua, polis terus memecahkan lantai tersebut dan terjumpa sesuatu yang mengerikan.

Mereka menjumpai badan Hafiz tertanam dibawah lantai itu namun kepalanya tidak dapat ditemui.

Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home