Blogger Template by Blogcrowds.


Ada sekumpulan remaja terdiri daripada 4 lelaki dan 4 perempuan. Mereka berkawan dan bersekolah di tempat yang sama. Pada suatu malam, mereka bercadang untuk menguji keberanian mereka dengan mengunjungi sebuah sekolah terbiar di pinggir bandar yang dikatakan berhantu.

Mereka pergi ke sekolah tersebut dengan menaiki kereta. Sekolah itu sungguh gelap dan dipenuhi tumbuhan-tumbuhan liar. Oleh kerana mereka berlapan, mereka bercadang untuk masuk ke sekolah itu secara berpasangan lelaki dan perempuan.

Pasangan pertama akan mengelilingi sekolah selama 10 minit. Apabila mereka pulang, mereka perlu beritahu apa yang mereka alami semasa di sekolah tersebut. Kemudian diikuti oleh pasangan seterusnya.

Pasangan pertama mula mengeliling sekolah dan tiga pasangan yang lain menunggu di kereta. Selepas 10 minit berlalu, pasangan pertama itu tidak muncul. Tiga pasangan ini mula risau. Setelah 30 minit berlalu, pasangan pertama masih belum pulang dari sekolah yang gelap itu.

Kerana lama menunggu, pasangan kedua masuk ke sekolah itu untuk mencari pasangan pertama. Tinggal dua pasangan menunggu di kereta. Namun setelah hampir 30 minit, pasangan kedua itu pun tidak pulang. Mereka mula hairan apa yang berlaku. Adakah mereka dipermainkan oleh kawannya yang berada di sekolah itu?

Kini giliran pasangan ketiga untuk masuk ke sekolah itu mencari kawannya. Namun setelah beberapa jam, pasangan ketiga ini pun tidak pulang. Hanya tinggal satu pasangan lelaki dan perempuan yang menunggu di kereta. Si perempuan ini mula menangis. Si lelaki cuba memujuk.

"Saya akan masuk ke dalam, kalau saya tak balik selepas 30 minit, awak balik dan telefon polis!" kata si lelaki.

Selepas si lelaki itu masuk ke dalam sekolah, tinggal si perempuan menunggu dalam gelap dan kesejukan. Setelah hampir sejam menunggu, dia terus pulang dan memandu kereta ke balai polis berdekatan.

Subuh hampir menjelang, si perempuan membawa empat anggota polis ke sekolah itu untuk mencari kawan-kawannya yang hilang. Pada mulanya mereka tidak menjumpai apa-apa kesan yang tiga pasangan itu berada di sekolah. Kemudian polis menjumpai satu dewan kecil di luar sekolah dan pintunya terbuka.

Polis itu memasuki dewan itu yang berselerak dan berhabuk. Namun bila polis memasuki tandas di dalam dewan itu, mereka menjumpai tiga pasangan tersebut.

Tiga pasangan tersebut termasuk si lelaki ditemui mati tergantung di leher mereka
Polis menyoal si perempuan yang terselamat namun dia mengatakan mereka hanya datang ke sekolah itu untuk menguji keberanian dan tiada sebab untuk membunuh diri.

Setelah seminggu polis menjalankan siasatan, mereka tidak menemui sebarang bukti yang tiga pasangan ini dibunuh. Mereka menyatakan insiden ini adalah kes bunuh diri kerana histeria.

Sehingga ke hari ini, tiada siapa yang berani ke sekolah itu pada lewat malam dan kematian tujuh rakan itu masih menjadi misteri...

Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home