Blogger Template by Blogcrowds.


Kisah yang ini pula terjadi kepada dua rakan baik saya. Ironinya, cerita ini selalu dijadikan bahan gurauan kami ketika lepak. Kejadian yang menyeramkan ini terjadi lebih kurang 6-7 tahun yang lepas. Ketika itu dua rakan baik ini ingin berniaga air minuman di Putrajaya sempena festival bunga api. Hadirin dan hadirat mesti ramai yang datang ke festival itu jadi dua orang sahabat ini bercadang mengambil peluang untuk berniaga air. Dengan menaiki kereta Proton Saga lama dan persedian berniaga, dua sahabat ini terus menuju ke destinasi yang dituju.

Hendak dipendekkan cerita malang tidak berbau, sewaktu di dalam perjalanan yang memang sudah hampir sampai ke tapak festival, kereta Saga lama ni sudah buat hal. Malam itu ia meragam. Tersenguk-senguk menaiki jalan yang berbukit sedikit di kawasan berhampiran Putrajaya dan akhirnya enjinnya mati di bahu jalan. Waktu itu acara bunga api memang sudah berlangsung, jadi mereka berdua ni hanya menonton dari dalam kereta sahajalah di tepi jalan. Berniaga entah ke mana, festival entah ke mana. Sementara menunggu bantuan rakan lain sampai, mereka duduklah berbual-bual dahulu di dalam kereta.

Hendak dijadikan cerita lagi, rakan yang seorang ni mahu membuang air kecil dan sudah tidak tahan lagi. Kawasan itu kebetulan jauh dari mana-mana tandas, jadi dia pun berjalan sedikit menuju ke arah semak dan pokok-pokok di tepi jalan lalu dilepaskan semua segala yang ditahan-tahan tadi (Jangan tiru aksi ini). Setelah membuang air, dia masuk semula ke dalam kereta dan duduk menunggu bantuan rakan sehingga tertidur. Rakan yang seorang lagi ni tidak tidur tetapi asyik bermain telefon Nokia 'sabun' yang tengah top ketika zaman itu. Sedang asyik bermain telefon tiba-tiba dia terkejut melihat rakannya yang sedang tidur di sebelah dia mula meracau-racau bagai tersampuk hantu.

Dalam keadaan tidur dan mata terpejam dia meracau sambil tangannya menunjuk-nunjukkan ke arah cermin hadapan. Rakan dia mula risau dan cuba mengejut dan menenangkannya. Setelah sedar, dalam muka yang berpeluh-peluh dia memberitahu rakannya bahawa dia ternampak lembaga perempuan bermuka putih yang menurut beliau seperti pontianak cina, sedang terbang menuju ke arah hadapan kereta dan cuba ingin mencekiknya. Wajah pontianak cina itu dikatakan agak marah dan bengis. Rakan yang seorang ni hanya tertawa dan menegurnya supaya lain kali jangan buang air merata-rata.

Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home