Blogger Template by Blogcrowds.


Kisah terjadi pada 10 tahun yang lepas, ketika itu saya masih bersekolah menengah. Ketika di sekolah saya merupakan ahli Persatuan Kelab Kembara, dan agak aktif mengikuti persatuan ini pergi memanjat gunung dan bukit. Dalam setahun sebanyak 3 kali persatuan dan sekolah menganjurkan aktiviti mendaki gunung. Jadi untuk kali ke tiga dalam tahun itu saya tidak dapat turut serta kerana ada hal lain.

Saya tidak ingat gunung apa tetapi berlaku kejadian misteri dan menyeramkan sepanjang rakan-rakan yang lain mendaki gunung tersebut. Antaranya kejadian tersesat jalan dan melalui trek yang sama dalam beberapa kali. Rakan saya yang seorang ini agak lincah lagi celupar sedikit mulutnya, dia tidak tahu di hutan dan tempat-tempat sebegitu perlu mengikut adap-adap tertentu. Dia dan kumpulannya dalam lima orang sudah tersesat jalan dan termasuk ke suatu kawasan yang sangat asing.

Sudah beberapa kali cuba keluar tapi tetap melalui trek yang sama. Kadang-kadang mereka diganggu oleh bunyi seperti orang sedang ketawa. Memang menyeramkan. Kebetulan pada waktu itu dia memakai baju-t bergambar tengkorak yang agak menakutkan. Nampak remeh tapi penting. Dia membuat keputusan untuk menukar baju itu dengan baju lain dan terus berdoa dan berusaha untuk keluar. Mungkin 'mahkluk halus' itu mahu memberi peringatan kepada dia supaya jangan takbur. Rupa-rupanya jalan yang mereka sesat itu hanyalah bersebelahan dengan tempat kumpulan dan guru-guru yang lain berkumpul.

Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home