Blogger Template by Blogcrowds.


Written by Andy Rooney, a man who had the gift of saying so much with so few words. Rooney used to be on 60 Minutes TV show.

I've
learned....
That the best classroom in the world is at the feet of an elderly
person.

I've learned....
That when you're in love, it
shows.

I've learned ....
That just one person saying to me, 'You've
made my day!' makes my day.

I've learned....
That having a child fall
asleep in your arms is one of the most peaceful feelings in the
world.

I've learned....
That being kind is more important than being
right.

I've learned....
That you should never say no to a gift from a
child.

I've learned....
That I can always pray for someone when I don't have the strength to help
him in any other way.

I've learned....
That no matter how serious your
life requires you to be, everyone needs a friend to act goofy with.

I've
learned....
That sometimes all a person needs is a hand to hold and a heart
to understand.

I've learned....
That simple walks with my father
around the block on summer nights when I was a child did wonders for me as an
adult.

I've learned....
That life is like a roll of toilet
paper.
The closer it gets to the end, the faster it goes.

I've
learned....
That we should be glad God doesn't give us everything we ask
for.

I've learned....
That money doesn't buy class.

I've
learned....
That it's those small daily happenings that make life so
spectacular.

I've learned...
That under everyone's hard shell is
someone who wants to be appreciated and loved.

I've learned....
That
to ignore the facts does not change the facts.

I've learned....
That
when you plan to get even with someone,
you are only letting that person
continue to hurt you.

I've learned....
That love, not time, heals all
wounds.

I've learned....
That the easiest way for me to grow as a
person is to surround myself with people smarter than I am.

I've
learned....
That everyone you meet deserves to be greeted with a
smile.

I've learned....
That no one is perfect until you fall in love
with them.

I've learned...
That life is tough, but I'm
tougher.

I've learned....
That opportunities are never lost; someone
will take the ones you miss.

I've learned....
That when you harbor
bitterness, happiness will dock elsewhere.

I've learned....
That I
wish I could have told my Mom that I love her one more time before she passed
away.

I've learned....
That one should keep his words both soft and
tender, because tomorrow he may have to eat them.

I've
learned....
That a smile is an inexpensive way to improve your
looks.

I've learned....
That when your newly born grandchild holds
your little finger in his little fist, you're hooked for life.

I've
learned....
That everyone wants to live on top of the mountain, but all the
happiness and growth occurs while you're climbing it.

I've
learned....
That the less time I have to work with, the more things I get
done.


Kisah seram kali ni merupakan pengalaman seram sebenar yang kenalan admin kongsikan kepada admin. Dia merupakan seorang petugas bahagian pengurusan mayat di salah sebuah hospital yg terletak di Lembah Klang. Nama beliau dan nama hospital terpaksa di rahsiakan atas hal-hal keselamatan. Kisah ini terjadi beberapa tahun yang lepas dan ia bermula begini..

Sebagai seorang perempuan dan bertugas di bahagian pengurusan mayat, Amira (Bukan nama sebenar) sering mendapat pertanyaan dan soalan-soalan tipikal dalam kalangan rakan-rakannya. Dia bukanlah tidak takut bekerja di dalam makmal dan bilik yang menguruskan mayat, tetapi bagi dirinya dia sudah biasa dengan keadaan-keadaan sebegitu. Dari kes lemas, kemalangan, sakit tua, sehinggalah ke bunuh diri, sudah puas dia 'menikmati permandangan' keadaan mayat yang bermacam-macam kes nya. Lama kelamaan dia sudah biasa dengan kerjanya itu. Tiada apa yang perlu ditakuti, kerana apa yang berada dihadapannya itu sudah tidak bernyawa lagi.

Namun ada kalanya selera makannya selalu terganggu dek kerana terlalu menghadap sangat keadaaan mayat yang kadang kalanya kondisinya agak mengerikan. Biasanya mayat yang sudah terlalu lama terbiar, bau busuk daripada si mati akan meninggalkan kesan yang mendalam pada mental dan deria bau serta rasa si petugas. Tetapi hal ini hanyalah sementara, dia anggap ini sebagai cabaran atas amanah dan kerja mulianya ini. Namun hari itu dia dan rakan-rakan sejawatnya telah mengalami suatu peristiwa yang amat pelik sepanjang mereka bertugas di bilik mayat tersebut.

Pada hari kejadian Amira dan rakan-rakannya bekerja seperti biasa mengikut rutin jadual. Sebelum membuat beberapa biopsi pada mayat, (biopsi adalah proses pengambilan sampel di tubuh mayat untuk pemeriksaan lanjut) Amira perlu memeriksa setiap mayat di situ secara rambang. Menurut dia, pada waktu itu terdapat 20 mayat kesemuanya. Amira perlu memeriksa satu persatu mayat tersebut dengan mengikut nama, kod nombor dan beberapa butir peribadi seperti di dalam senarai. Kesemua 20 mayat itu diletakkan di dalam peti berhawa dingin bagi mengelakkan ia membusuk.

Amira pun memeriksa mayat tersebut satu persatu, dia membuka pintu 'fridge' dan memeriksanya secara rambang dengan mengikut senarai nama dan butir maklumat yang ada padanya. Satu persatu peti berisi mayat telah Amira periksa. Tetapi kejadian pelik terjadi apabila pintu peti untuk mayat yang ketiga terlalu ketat dan berat untuk di buka.

Biasanya sebelum ini tidak pernah terjadi perkara begini, ke semua peti berfungsi baik. Senarai nama di tangannya menunjukkan mayat yang terdapat di dalam peti itu adalah mayat perempuan melayu, yang mati pada umur 78 tahun. Puas dia dan rakan-rakannya cuba membuka pintu peti mayat tersebut tetapi tidak juga berjaya.

Amira terdiam kehairanan. Oleh sebab tidak mahu memikirkan perkara yang bukan -bukan dan mahu mengejar masa, dia tinggalkan dahulu peti mayat tersebut dan meneruskan memeriksa mayat-mayat yang lain dahulu. Beberapa orang rakannya yang lain turut berada di dalam bilik itu untuk menguruskan kes-kes yang lain. Sedang Amira memeriksa mayat yang ke 18 kejadian aneh telah berlaku lagi. Kali ini Amira dan rakan-rakanya yang lain bertambah kehairanan.

Di dalam peti ke 18, mengikut senarai dan butir maklumat yang tertera, mayat yang sepatutnya berada di dalam itu adalah mayat seorang lelaki cina. Tetapi apa yang ada di dalam peti itu adalah mayat seorang perempuan tua. Ya, mayat perempuan tua itu lah yang sepatutnya berada di dalam peti ke tiga.

Dalam kehairanan Amira meninggalkan sebentar mayat perempuan tua itu dan menyambung terus baki dua mayat yang lain. Mereka yang lain cuba membuka peti ke tiga namun pintu peti itu masih terlalu ketat untuk dibuka. Sebagai ikhtiar, seorang rakan lelaki Amira telah melaungkan Azan dan dengan izin-Nya pintu peti itu akhirnya terus boleh di buka seperti biasa. Setelah diperiksa, ternyata mayat yang berada di dalam dua peti itu, iaitu peti ke tiga dan ke 18 telah tertukar.

Ini bermaksud di dalam peti ketiga, mayat yang sepatutnya berada di dalam itu adalah mayat perempuan tua, manakala di dalam peti ke 18 mayat yang sepatutnya berada di dalam itu adalah mayat lelaki cina. Dua mayat itu kemudiannya dimasukkan semula ke dalam peti yang betul. Suasana di dalam bilik mayat ketika itu menjadi sunyi sepi seketika. Masing-masing kelihatan kehairanan kerana amat jarang kejadian tertukar mayat sebegini berlaku.

Esok harinya, mereka menyambung kembali kerja seperti biasa. Amira dan rakan-rakannya akan melakukan proses seterusnya iaitu proses biopsi ke atas 20 mayat yang telah diperiksa datanya semalam. Satu persatu mayat di keluarkan dari peti dan di letakkan di atas meja bedah. Sambil mengeluarkan mayat dari peti, Amira memeriksa juga kod nombor dan namanya bagi mengelakkan kesilapan berlaku.

Namun, sekali lagi kejadian aneh lagi menyeramkan telah berlaku. Mayat di peti ketiga yang sepatutnya mayat perempuan tua telah 'hilang' dan tertukar lagi. Kali ini mayat itu tertukar dengan mayat remaja lelaki. Bulu roma Amira terus meremang, dia terus berhenti dan terduduk kerana bingung memikirkan apa yang sedang terjadi sebenarnya ketika itu.

Pelbagai kejadian menyeramkan telah berlaku sejak dari itu. Pernah di suatu malam, rakan sekerja Amira yang bekerja di syif malam telah diganggu oleh pintu yang terbuka dan tertutup dengan sendiri. Ada seorang petugas yang lain juga mengalami kejadian menyeramkan. Ketika itu dia sedang berseorangan membuat laporan di dalam makmal, tiba-tiba dia terdengar dari bilik sebelah bunyi kerusi yang ditarik dan bunyi seperti suara perempuan sedang menyanyi.

Dia membiarkan sahaja sebab fikirnya mungkin ada petugas lain yang sama syif dengannya sedang berada di dalam bilik itu. Bunyi itu berlarutan sehingga menimbulkan prasangka. Setelah di periksa rupa-rupanya tiada sesiapa yang berada di bilik itu, lampunya juga dimatikan. Petugas yang sepatutnya selalu berada di dalam bilik itu rupanya sedang 2 hari bercuti di kampung.

Amira dan rakan-rakannya menjadi tidak sedap hati, masing-masing sudah merasa sesuatu. Jabatan bahagian pengurusan mayat telah mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan hal ini. Petugas-petugas lain di soal sama ada mereka telah melakukan kesilapan ini sehingga mayat di dalam peti boleh tertukar letak. Masing-masing menafikan kerana di dalam jabatan yang penting ini semua kerja perlu mengikut prosedur dan protokol yang ketat. Setiap mayat mempunyai data maklumat diri dan kod nombor jadi tak mungkin kesilapan mudah ini boleh berlaku lagipun 'double check' wajib dilakukan setiap kali mayat sudah di letakkan di dalam peti. Tambahan pula mereka sudah berpengalaman lama dalam bidang ini.

Kejadian pelik itu telah tersebar ke seluruh jabatan di hospital tersebut. Macam-macam spekulasi dan teori-teori yang menyeramkan wujud. Akhirnya Amira dan petugas-petugas di bahagian bilik mayat telah mendapat jawapan di sebalik kejadian misteri itu. Seorang jururawat di hospital yang sama telah mendedahkan cerita sebenar kepada Amira apa yang sebenarnya telah terjadi kepada perempuan tua itu semasa hayatnya. Sebelum ini perempuan tua itu telah di masukkan ke wad kerana mengalami sakit tua tetapi menurut doktor, perempuan tua itu sebenarnya telah mengalami sakit misteri.

Perempuan tua itu tinggal seorang diri, tidak mempunyai waris. Anak-anaknya tidak dapat dikesan. Masyarakat setempat mengatakan anak-anak perempuan tua itu telah lama meninggalkan ibunya itu. Jirannya lah yang menghantarnya ke hospital setelah meilhat perempuan itu pengsan di belakang rumah. Menurut jiran, perempuan itu mengamalkan ilmu-ilmu mistik dan sihir. Jururawat yang menjaganya juga mengatakan benda yang sama. Setiap malam perempuan tua itu akan ketawa, menangis dan menjerit-jerit. Ada masanya perempuan tua itu selalu bercakap seorang diri dengan menggunakan bahasa melayu lama dan kuno.

Menurut kenalan admin ini, sampai sekarang mayat perempuan tua itu berada di hospital tersebut. Tiada siapa yang berani menyentuhnya tambahan pula tiada waris yang datang menuntut.

Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/


AMARAN: Segala nama, watak dan jalan cerita dalam penulisan kami adalah FIKSYEN. Tidak ada kena mengena sama ada dengan yang hidup atau pun mati. Anda dilarang sama sekali meniru adegan-adegan yang terdapat di dalam kisah ini dan kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kecelaruan serta akibat buruk daripadanya.
........................................

Butang muat turun di tekan, tempoh waktu muat turun menunjukkan 20 minit. Sambil menunggu video-video tersebut untuk di muat turun, Joni duduk bersandar sebentar di kerusi berhadapan komputernya. Kotak Winston merah di atas meja dicapai. Joni mengeluarkan isinya dan meletakkan di hujung bibir lalu menyalakannya. Asap dihembus, memenuhi segenap ruang bilik kecil itu. Sambil menyedut, Joni tersenyum memerhatikan skrin komputernya. Proses muat turun hampir selesai.

Joni, 23 tahun. Merupakan seorang pelajar sebuah kolej di ibu kota. Dia menyewa sebuah rumah kecil di flat di dalam lautan hutan batu itu. Rumahnya itu bersaiz kecil seperti saiz bilik. Hidupnya sebagai pelajar tidak memerlukan dia terlalu memikirkan sangat tentang tanggungjawab-tanggungjawab penting dalam kehidupan ini. Bagi dia, erti hidupnya adalah pergi kelas, balik kelas, melepak dan berhibur. Rutin itu sahajalah yang dia ulangi setiap hari. Namun Joni tidak terlalu menghabiskan masa untuk bersosial sangat, kawan-kawanya juga tidak ramai. Joni sangat selektif dalam memilih kawan. Kawan rapatnya hanya tiga orang iaitu ijoy, Kimi dan Alia. Dengan mereka sahajalah Joni habiskan waktu.

Joni sangat pasif dan pendiam di kolej. Ketika rakan-rakan sekelasnya berborak dan berbincang tentang pelajaran, Joni memilih untuk diam dan duduk sendirian. Bukanlah Joni ini mengamalkan fahaman anti-sosial, tetapi baginya rakan-rakan sekelasnya ini sangat tidak menyelesakan. Masing-masing berlumba-lumba mahu menunjukkan siapa hebat, siapa yang lebih bergaya dan siapa yang lebih bijak. Macamlah yang dia tidak tahu yang kebanyakkan rakan-rakannya ini meniru sewaktu kuiz. Macamlah yang dia tidak tahu ada antara rakan-rakannya menjadi kaki bodek setia pensyarah. Joni hanya perhatikan dan dia tahu ini bukan bodek biasa-biasa. Joni semakin meluat.

Hanya di dalam kelas sahaja Joni menjadi pendiam tetapi tidak jika bersama tiga rakan baiknya ini, Ijoy, Kimi dan Alia. Ketiga-tiga mereka ini sangat memahami sifat Joni dan boleh dikatakan mereka sekepala. Mereka memahami apa yang masing-masing fikirkan. Namun kadangkala Ijoy, Kimi dan Alia tidak faham tentang hobi pelik Joni. Joni amat gemar menonton video-video seram dan video-video bunuh yang dia dapati dari internet. Lebih mengerikan lagi, kebanyakkan video itu merupakan rakaman pembunuhan sebenar dan bukan lakonan. Video-video itu dia tonton dan muat turun dari laman internet rahsia, di mana tidak semua orang mempunyai kepakaran untuk mengakses ke laman internet tersebut. Laman internet itu kandungannya terlalu menganggu sensitiviti masyarakat.

...................................................

Joni merapatkan sedikit kerusinya ke komputer. Berpuluh-puluh video seram dan bunuh sudah berjaya di muat turun. Joni tersenyum lebar, koleksi video yang disimpan di dalam fail yang di namakan 'Video Ngeri' di dalam komputernya kini sudah mencecah ratusan video. Joni sendiri tak pasti apa yang menyebabkan dirinya ini begitu obses dengan video-video mengarut tersebut. Tetapi bila menontonnya bagai ada satu kepuasan buat dirinya. Hobi Joni agak pelik, tiga orang rakannya itu bimbang jika Joni terlalu obses dan terpengaruh dengan video-video tersebut.

Video pertama di mainkan. Joni menyalakan lagi sebatang rokok sambil menonton video tersebut. Video itu menunjukkan rakaman sebenar penyembelihan seorang mangsa culik, si penyembelih memakai penutup muka ala Taliban. Parang panjang diletakkan di leher mangsa dan dilalukan laju ke leher mangsa, dengan tidak sampai beberapa saat darah memancut-mancut keluar dari belahan leher si mangsa. Mangsa mati serta merta menyembah bumi dengan kepala yang longlai dan leher yang hampir terputus. Kening Joni terangkat. Joni semakin laju menghisap dan menghembus asap rokok. Dia teruja sambil memainkan video yang seterusnya.

Video yang seterusnya memaparkan kejadian kemalangan jalan raya. Rakaman dibuat dengan menggunakan telefon bimbit oleh saksi kejadian. Mangsa seorang penunggang motosikal, telah terperosok di bawah tayar sebuah lori kontena. Hampir keseluruhan kepala dan badannya terhimpit dibawah lori. Rakaman menunjukkan kepala mangsa sudah 90 peratus hancur, manakala bahagian badan daripada paras pinggang sudah terputus. Cebisan-cebisan otak dan daging merah bertaburan di atas jalan raya, isi perut mangsa pula tersangkut di celah-celah tayar dan bahagian bawah lori. Darah membasahi jalan, anggota-angota badan yang lain bertaburan. Sungguh mengerikan. Joni semakin galak, dia menonton video-video seterusnya yang dimuat turun sebentar tadi.

Joni khusyuk menonton. Dia sudah semakin lali dengan imej-imej dan visual-visual yang mengerikan serta memualkan dari video-video tersebut. Video seterusnya dimainkan, video penyeksaan seorang tahanan. Lelaki-lelaki di dalam video itu berkomunikasi dalam bahasa Rusia, ada lima orang semuanya termasuk si perakam video. Kelihatan lelaki tersebut sedang berdiri mengelilingi seorang lelaki pertengahan umur di sudut bilik. Lelaki itu menjadi tahanan. Pakaiannya kotor, rambutnya kusut masai manakala wajahnya berlumuran darah. Seorang daripada 5 lelaki itu menghiris kaki mangsa menggunakan pisau. Tahanan itu menjerit kesakitan dengan wajah yang sangat mengasihankan. Bagi menambah lagi seksaan, seorang lagi lelaki telah menikam sebatang kayu tajam kedalam belahan luka hirisan itu. Lelaki itu menikam dengan berulang-ulang kali di tempat yang sama. Memancut-mancut darah keluar, tahanan itu melolong kesakitan. Sakit yang amat sakit. Joni menghela nafas panjang.

Joni bangun sebentar dari kerusi bagi meneutralkan perasaan mualnya kesan daripada menonton video-video ngeri tersebut. Kotak rokok di ambil lalu dibuka. Joni mengeluh kerana rokoknya sudah habis. Dia mencapai telefon bimbitnya, mendail nombor lalu meletakkannya di telinga. Joni menelefon sambil berdiri di tepi tingkap rumah flatnya.

"Hello, ijoy. Kau kat mana? datang lepak rumah aku tak hari ni?"

"Hello ya Joni, aku datang tapi sekejap sahaja lah, sebab Alia dengan Kimi ajak pergi makan. Kau dah makan belum? Jomlah pergi dengan kami sekali"

"Aku tak ikut kot, sibuk sikitlah hari ni. Ijoy, nanti kalau kau datang sini, aku kirim rokok ya"

"Kau ni sibuk apa je Joni? Payah betul nak ajak keluar. Oklah. Winston merah kan? Lagi sepuluh minit aku sampai"

"Ya, terima kasih Ijoy!"

Joni meletakkan telefon di sudut meja lalu duduk di kerusi hadapan komputer tadi. Joni sambung semula menonton sementara menunggu kedatangan Ijoy. Video seterusnya ini adalah video daripada rakaman CCTV. Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki sedang berdiri dan bercakap di telefon sambil berdiri di tepi tingkap. Joni rasa dia seperti kenal lelaki dan keadaan bilik itu. Lelaki itu memakai t-shirt berwarna oren dan berseluar pendek berwarna hitam. Joni kelihatan terkejut. Dia memandang baju yang sedang dipakainya. Warna oren. Dia memandang pula seluar pendek yang dipakainya. Warna hitam. Dia meneliti bilik yang terpapar dalam video itu. Joni tergamam. Sah itu adalah bilik dia, dan lelaki dalam video itu adalah Joni. Baru sebentar tadi dia berdiri di tempat yang sama ketika sedang menelefon Ijoy. Dia melihat pula pada tarikh dan masa di dalam rakaman itu, ia menunjukkan tarikh hari ini!

Joni memberhentikan video itu lalu pantas memandang ke siling biliknya, tiada kesan-kesan penampakkan kamera CCTV di situ. Puas dia cari di seluruh bilik tetapi langsung tidak jumpa kewujudan kamera tersembunyi itu. Joni mundar-mandir. Dalam kebingungan dia terus duduk dan memainkan sambungan video itu tadi. Dia seperti mahu tahu apa terjadi seterusnya. Muka Joni gelisah, tangannya terketar-ketar. Di dalam video itu 'Joni' sedang berdiri menelefon, tidak lama selepas itu 'dia' duduk semula di kerusi berhadapan komputer. Apa yang kelihatan di dalam video tersebut memang sama tingkah lakunya dengan apa yang Joni buat sebentar tadi. Kecuali video yang 'Joni' tonton di komputer itu. Video itu tidak sama dengan video yang sedang Joni tonton sekarang ini.

(Video dimainkan)
'Joni' di dalam video itu kini sedang duduk melihat komputer, 10 minit selepas itu kedengaran pintu bilik diketuk. 'Joni' bingkas bangun dan pergi menuju ke pintu bilik yang terletaknya hanya tiga meter dari komputernya. 'Joni' membuka pintu. Kelihatan seorang lelaki berjaket hitam dan memakai topi meluru ke arah 'Joni' dan menolaknya sehingga jatuh. 'Joni' dan lelaki itu saling bergelutan, namun fizikal lelaki berjaket hitam itu lebih besar daripada 'Joni'. 'Joni' dihentak kuat ke dinding dan terkulai jatuh. Lelaki itu mengeluarkan kapak dari dalam beg lalu menetak kepala 'Joni' berulang-ulang kali sehingga berlumuran darah. Kulit kepala 'Joni' terkoyak dan terkopak menampakkan isi. Kepala'nya' pecah, otaknya terburai keluar akibat tetakan berulang kali oleh lelaki berjaket hitam itu. Seluruh bilik dan dinding 'Joni' dipenuhi darah.

Video terus diberhentikan. Peluh meluncur laju. Joni terketar-ketar ketakutan, mukanya kelihatan sangat pucat. Jika betul lah apa yang dia baru tonton itu, maksudnya nyawanya kini hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi untuk diragut. Tambahan pula video itu menunjukkan tarikh kejadian itu berlaku pada hari ini. Di dalam video itu jam yang menunjukkan lelaki itu datang adalah pukul 10.07 minit malam. Sekarang sudah pukul 10.03 minit. Joni duduk terdiam kaku di atas kerusi. Tiba-tiba telefonnya berdering. Nama Ijoy tertera di skrin.

"Hello Joni, aku lambat sikit tau, aku pergi tolong Kimi sekejap sebab kereta dia rosak. Eh Joni, tadi masa aku dalam perjalanan aku terselisih dengan seorang lelaki ni. Dia macam berjalan menuju ke flat kau, sebelum ni tak pernah pula aku nampak. Mungkin baru pindah situ kot"

"Lelaki tu pakai apa" Balas Joni terketar-ketar

"Yang aku perasan dia pakai jaket hitam dan pakai topi, sambil tu dia bawak beg. Oklah Joni, aku nak cepat ni nanti sekejap lagi aku datang"

"Oh.. o.. okay. Ijoy kau boleh datang seka..."

Joni tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana Ijoy sudah meletakkan telefon. Ketika itu juga Joni terdengar pintu biliknya di ketuk. Sudah pasti dia tak akan membuka pintu tersebut oleh kerana dia telah tahu akan kesudahannya. Jam pula memang sedang elok menunjukkan pukul 10.07 minit malam. Joni buntu dan dia tahu tiada apa-apa yang boleh menyelamatkannya dalam masa yang sangat genting ketika itu. Joni terperangkap. Cepat-cepat Joni mengunci pintu biliknya. Tetapi, Joni lupa yang lelaki itu mempunyai kapak.

..................................................

Dari celah-celah pintu bilik yang pecah, kelihatan Joni terbaring dengan kepalanya yang hancur. Darah membasahi lantai biliknya. Dia dibunuh sama seperti di dalam video tersebut.

Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/


Dalam keheningan mentari senja kelihatan seorang lelaki sedang menolak motosikalnya di sebatang jalan. Dari segi gaya dan pakaian nampaknya lelaki itu seperti sedang pulang kerja. Nasibnya tidak baik kerana motosikal yang baru dibelinya beberapa minggu lepas tiba-tiba rosak. Zubir, bekerja sebagai penghantar surat atau bahasa mudahnya mat despatch. Dalam keadaan muka yang agak sedikit marah ditambah pula dengan kepenatan, Zubir menolak motosikalnya untuk pulang ke rumah yang terletak lagi kira-kira 5 kilometer. Dalam hatinya dia mahu singgah dahulu ke bengkel motor Ah Seong.

"Sial punya motor, selalu buat hal! Aku baru beli kau tak sampai sebulan pun" Zubir menyumpah seranah sambil menolak motosikal barunya itu.

Sebenarnya motosikal yang baru dibeli Zubir itu bukanlah motosikal baru sebaliknya motosikal 'second hand' yang dibeli dari seorang lelaki di kawasan tempat tinggalnya. Oleh kerana ingin berjimat Zubir terpaksa membuat keputusan untuk hanya memiliki sebuah motosikal terpakai. Dalam kehidupan ekonomi yang semakin meruncing ini Zubir harus membuat keputusan-keputusan yang bijak bagi mengelakkan pengaliran wang keluar yang tidak terkawal. Rumahnya juga dia sewa beramai-ramai bagi menjimatkan kos. 8 orang semuanya rakan sewa rumah Zubir. Walaupun adakalanya tidak selesa serumah beramai-ramai tetapi Zubir tiada pilihan lain.

Setelah membayar kepada Ah Seong caj membaiki motornya, Zubir terus berlalu pergi untuk pulang ke rumah. Dalam hatinya masih mengomel lagi perihal motornya yang kerap sangat rosak. 5 hari lepas sewaktu sedang bekerja, tiba-tiba motornya pancit selepas melalui satu selekoh. Lalu menolaklah si Zubir ke bengkel motor berhampiran, akibatnya dia dimarahi pelanggan kerana dokumen pentingnya lambat sampai. 2 hari lepas pula, motosikalnya itu mati secara tiba-tiba ketika dia sedang dalam perjalanan pergi kerja. Tersadailah dia dan motosikal kesayangannya itu di tepi lebuhraya, sementara menunggu bantuan rakan sekerjanya datang.

Dia ada juga memikirkan sama ada ini ujian atau Tuhan nak menunjukkan rezekinya itu tidak berkat. Tapi Zubir tahu dan rakan-rakannya dia sendiri tahu yang Zubir ni bukanlah kaki berhibur dan selalu membuat perkara yang tidak elok. Kewajipan 5 waktu penting itu juga dia jaga dengan elok. Paling-paling jahat pun dia dan rakan-rakan serumah kadang-kadang suka bermain snuker di pekan. Tapi snuker itu hanyalah sebuah sukan dan permainan, di luar negara juga snuker juga di jadikan antara salah satu acara di kejohanan rasmi sukan. Zubir selalu tertanya-tanya mengapa masyarakat selalu pandang negatif pada permainan snuker. Yang tidak elok itu baginya jika sukan dicampur adukkan dengan judi. Zubir hanya positif, dia anggap ini hanyalah satu ujian buatnya.

................................................

"Itulah kau Zubir. Aku dah pesan haritu beli motor baru terus. Kau nak jugak beli motor 'second' ni" Kata Yahya, rakan serumahnya tetapi lebih mesra dengan panggilan Pok Ya.

"Kau ingat aku ada banyak duit ke? Duit gaji sebulan pun cukup-cukup hanya untuk makan minum aku je. Lain la kau Pok Ya, kerja selesa, gaji selesa" Kata Zubir sambil merenung ke arah motosikalnya yang di parkir di depan rumahnya itu.

"Zubir, kau yakin ke motor yang kau beli ni tak ada 'apa-apa'?" Yahya berkata lagi

"Maksud kau? Kau ni jangan fikir bukan-bukan sangatlah. Itu lah kau, selalu sangat tengok dvd cerita hantu. Motor ni okay, tak ada apa-apa. Cuma iyalah dah nama pun motor terpakai kan. Kena terima je lah" jelas Zubir

"Tapi dalam seminggu tu kerap sangat buat hal, kau tahan ke?" Yahya menyambung

Zubir hanya terdiam. Betul juga apa yang Yahya cakap tu, katanya dalam hati. Mana mungkin dia tahan kalau sudah dalam seminggu tu kerap sangat motosikalnya buat hal. Makan minum entah ke mana, wangnya pula sudah habis banyak disalurkan ke motornya itu. Dia mula terfikirkan kepada lelaki yang menjual motosikal itu pada awal bulan lepas.

Dia mengetahui lelaki si penjual itu daripada jirannya. Ketika itu Zubir sangat memerlukan motosikal baharu kerana motosikal lamanya sudah terlalu uzur untuk digunakan. Tambahan pula kerjanya memerlukan dia bergerak ke sana-sini dengan menggunakan kenderaan dua roda itu. Zubir tidak berfikir panjang lagi apabila lelaki itu mahu menjualnya dengan harga yang agak murah.

Namun, ada satu peristiwa menakutkan pada suatu malam itu yang membuatkan Zubir terfikir semula apa yang rakan serumahnya cakap. Ketika itu Zubir dalam perjalanan pulang ke rumah. Malam itu malam Sabtu, jadi dia membuat keputusan untuk pulang lewat sedikit dengan mengajak rakan-rakan sekerjanya menonton wayang. Sewaktu sedang menunggang pulang, Zubir perasan motornya terasa agak berat sedikit. Fikirnya tayar motosikal itu kempis, tapi setelah di teliti kedua-dua tayar dalam keadaan baik. Tanpa berfikir panjang, Zubir pun meneruskan perjalanannya.

Ketika itu jalan raya sudah lengang kerana sudah lewat pagi. Sedang asyik menunggang, Zubir tergerak untuk melihat ke cermin sisi motosikalnya. Tiada apa-apa yang kelihatan di belakangnya. Hanya jalan raya yang gelap. Tetapi hati Zubir kuat mengatakan seperti ada sesuatu di belakangnya, lalu dilihatnya lagi cermin sisi motornya. Nah. Tunggangannya hampir hilang kawalan apabila terlihat suatu sosok yang menakutkan muncul di cermin sisi itu.

Ada satu wajah budak lelaki kelihatan dalam samar-samar. Wajahnya sangat pucat sambil matanya tajam memandang Zubir. Budak lelaki itu seperti sedang membonceng bersama-sama Zubir. Dia tidak berfikir panjang, terus dipecutkan motosikalnya pulang ke rumah tanpa melihat kebelakang lagi, oleh kerana takut yang amat sangat dia menterbalikkan cermin sisi motosikalnya itu ke hadapan. Seumur hidup Zubir dia tidak pernah melihat hantu, tapi malam itu dia diberi peluang melihat.

................................................................

"Zubir, kan aku dah cakap hari tu tapi kau tak percaya" Kata Yahya sambil memberikan panadol Actifast kepada Zubir

"Memang gila betul, kau bayangkan aku hampir masuk longkang tadi tau!" Kata Zubir menelan panadol yang Yahya beri

"Kau pergi la tanya lelaki yang jual motor tu. Aku rasa motor kau selalu rosak sebab 'benda' ni lah" Yahya cuba menyakinkan Zubir

"Ish kau ni melalut tak habis. Hmm, tapi betullah, aku pun rasa macam tu. Dulu mesti pernah jadi apa-apa dekat motor ni sampai 'benda' tu nak tumpang aku balik rumah" kata Zubir sambil memicit-micit kepalanya yang sakit. Malam itu dia terus demam.

Keesokan harinya Zubir mengambil cuti sakit satu hari. Dikesempatan itu dia mahu pergi berjumpa dengan lelaki yang menjual motor kepadanya itu. Dia mahu menanyakan kepadanya 'masalah' yang selalu menimpa motosikalnya hampir saban hari. Selepas pulang dari klinik untuk mengambil surat cuti sakit, Zubir terus menuju ke rumah lelaki itu. Lelaki yang hanya dikenali dengan nama Man itu tinggal di pinggir kampung jauh sedikit daripada kawasan rumah Zubir.

Sesampainya dia di situ, kelihatan lelaki itu sedang berbual-bual bersama seorang lagi lelaki di tembok hadapan rumah. Mungkin rakannya, fikir Zubir. Salam diberi, dan tanpa melengahkan masa dan berkias-kias lagi, Zubir terus menanyakan perihal masalah motornya itu kepada lelaki itu. Lelaki itu berasa hairan akan pertanyaan Zubir. Dia cukup puas menyakinkan Zubir bahawa motosikal itu tidak mempunyai apa-apa masalah teknikal yang serius hatta masalah mistik sekalipun.

Lelaki itu sudah mula pelik apabila Zubir membuka pula cerita hantu yang menumpangnya malam kelmarin. Zubir dianggap mengarut oleh dua orang lelaki itu dan sengaja mereka-reka cerita bagi menguatkan alasan motosikalnya yang selalu rosak. Zubir kecewa kerana dia tidak mempunyai jawapan yang kukuh atas soalan-soalannya itu. Lelaki itu menasihati Zubir agar selalu menjaga motosikalnya supaya dalam keadaan baik dan selamat sebelum ditunggang.

Zubir bengang lantas menghidupkan enjin motornya untuk pergi dari situ. Sebelum pergi, lelaki itu sempat menasihati Zubir supaya membaca doa sebelum menunggang pada waktu malam. Zubir mencebik. Dia tahu mereka sedang menyindirnya. Deruman enjin dan kepulan asap motor ditinggalkan Zubir untuk dua orang lelaki itu. Zubir berlalu pergi.

"Man, kesian la aku tengok budak tu. Kau lagi main-mainkan dia. Cerita sahajalah hal yang sebenar pasal motor tu" kata rakan kepada lelaki penjual motor itu

"Ish, tak boleh. Macam mana kalau budak tu tahu hal yang sebenar lepas tu dia tuntut balik duit jualan motor tu? Rugi lah aku. Biarlah dia. Lama-lama biasa lah tu" Kata Man menyembunyikan sesuatu. Rakannya itu hanya menggelengkan kepala melihat Man menjawab begitu.

Mereka berdua terus berbual membincangkan tentang hal itu.

.......................................

Hari itu Zubir pulang agak lewat dari tempat kerjanya. Kelewatan pulang adalah satu perkara yang amat-amat Zubir takuti. Motosikalnya ditunggang laju membelah angin malam. Satu demi satu jalan raya diselusuri dengan yakin walaupun hatinya ketika itu resah. Degupan semakin kencang apabila dia teringat bahawa malam itu adalah malam Jumaat.

Dia kini sedang melalui sebatang jalan yang sunyi, jalan di mana 'benda' itu menumpangnya tempohari. Hanya itu sahaja laluan utama untuk pulang ke rumahnya. Tiba-tiba dalam kesamaran malam dia terlihat ada satu bayang-bayang hitam di hadapannya sedang berdiri di tepi jalan. Fizikalnya seperti budak lelaki dalam lingkungan umur belasan tahun.

Zubir tetap meneruskan tunggangannya, walaupun dalam hatinya sudah mula berfikir yang bukan-bukan. Lembaga itu tetap berdiri di tepi jalan tidak berganjak walau seinci. Jarak lembaga itu semakin lama semakin hampir dengan Zubir yang sudah berpeluh ketakutan. Wajah budak lelaki itu semakin jelas disuluh cahaya lampu motor Zubir, dan mereka pun bertembung bersebelahan. Zubir sempat mengerlingkan matanya ke kiri untuk melihat wajah budak lelaki itu. Zubir melepaskan nafas lega kerana apa yang dilihatnya itu ialah memang seorang budak lelaki biasa. Sempat juga budak lelaki itu senyum padanya. Tiada keraguan lagi dihatinya kini.

Malam kian sunyi, bunyi cengkerik saling bersahutan. Sedang Zubir meneruskan perjalanan, tidak semena-mena dia dapat merasakan ada sesuatu yang sedang memeluknya dari belakang. Zubir gusar dan berasa tidak sedap hati. Dia tidak pasti sama ada dia sedang berkhayal akibat keletihan ataupun apa yang sedang terjadi ini adalah realiti. Tapi Zubir tahu apa yang terjadi sekarang adalah realiti kerana Zubir dapat merasakan memang benar ada benda seperti tangan yang sedang memeluknya ketika ini. Jantung Zubir berdegup laju, dia langsung tidak memandang ke cermin sisinya. Namun, muncul suatu suara.

"Abang.. saya dekat bawah ni la.. Pandang la bawah sini..hihihi..."

Zubir menggigil mendengar suara halus itu. Dengan pasrah dia perlahan-lahan memandang ke bawah. Zubir mengucap panjang. Ada satu kepala manusia berada di dalam bakul motornya! Kepala itu milik budak lelaki yang dia berselisih sebentar tadi, manakala badan budak lelaki itu sedang duduk dibelakang Zubir sambil memeluknya erat! Kepala yang berwajah pucat dan berlumuran darah itu sedang tersenyum memandang Zubir sambil ketawa.

"Abang janganlah takut, saya cuma nak tumpang je. Sejak mati 'accident' bulan lepas saya rindu nak naik motor ni lagi..hihihihi...."

Zubir melolong ketakutan. Malam itu dia pulang dengan membonceng sekujur badan tanpa kepala. Sepanjang perjalanan dia ditemani gelak tawa makhluk menyeramkan tersebut.

**********************************************************

"Ish, tak boleh. Macam mana kalau budak tu tahu hal yang sebenar, lepas tu dia tuntut balik duit jualan motor tu? Rugi lah aku. Biarlah dia. Lama-lama biasa lah tu" Kata Man menyembunyikan sesuatu. Rakannya itu hanya menggelengkan kepala melihat Man menjawab begitu.

"Kau ni gila lah Man. Kau pun tahu kan sejak Adik kau meninggal dunia akibat 'accident' naik motor tu, dah macam-macam kan benda-benda pelik jadi?"

"Ah biarlah! Biar 'dia' kacau orang lain, jangan kacau aku dengan keluarga aku! aku dah tak tahan" Kata Man menghabiskan penjelasannya.

Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/


Langit petang semakin mendung, awan gelap perlahan-perlahan berarak menutupi seluruh kawasan pekan kecil itu. Hari sudah mula menunjukkan tanda-tanda mahu hujan. Nadia mempercepatkan langkahnya, beg yang disandangnya sebentar tadi diletakkan di atas kepala bagi melindungi daripada hujan renyai. Kaki lima yang dilalui Nadia semakin basah oleh kerana hujan yang semakin lebat. Dia sudah biasa pergi dan pulang ke kelas tuisyen dengan berjalan kaki. Selalunya dia membawa payung bagi mengelakkan kulit mulusnya itu terkena panas, tetapi hari itu dia terlupa oleh kerana ingin cepat.

Nadia yang tadinya berlari-lari anak kini terus berlari laju kerana hujan semakin lebat. Usahanya dengan meletakkan beg di atas kepalanya tadi seakan sia-sia kerana dia hampir basah lencun. Dalam berlari Nadia ternampak sebuah pondok menunggu bas yang terletak di atas kaki lima di tepi jalan. Dia terus berlari menuju ke pondok itu sebagai tempat untuk berteduh sementara. Nadia memilih untuk duduk dahulu di bangku pondok bas itu sementara menunggu hujan berhenti. Dia keseorangan berteduh di situ. Sambil menunggu hujan dia melihat kenderaan yang lalu lalang. Lima minit sudah berlalu namun hujan masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Rasa menyesal terbit di hati Nadia kerana terlupa membawa payung, jikalau tidak mungkin sekarang ini dia sudah sampai di rumah dan berehat-rehat.

Sedang asyik menunggu, Nadia didatangi oleh seekor kucing kecil. Perlahan-perlahan kucing itu melangkah dan mengiau sambil memandang Nadia. Bulunya berwarna kelabu manakala mukanya sangat comel. Nadia terpesona dengan kecomelan kucing itu. Dia memandang ke kiri dan kanan untuk memastikan memang benar tiada tuannya berhampiran dan mungkin kucing itu kucing yang berpeleseran akibat dibuang orang. Kucing itu mengiau di kaki Nadia sambil menunjukkan isyarat seperti mahu diberikan perhatian. Nadia tunduk lalu mengangkat si kelabu comel itu lalu membelai perlahan. Kucing itu nampak kelaparan. Kucing itu masih lagi mengiau dalam pegangan Nadia.

Hujan sudah mula reda. Penunggang-penunggang motosikal yang turut menumpang berteduh di pondok itu kembali meneruskan perjalanan masing-masing. Nadia bangun dan bersiap-siap untuk menyambung langkahnya pulang ke rumah. Nadia sempat menoleh ke belakang untuk melihat kucing yang datang kepadanya tadi. Kucing itu masih berada di atas bangku pondok bas, ia kelihatan lapar dan kesejukan. Nadia memandang kucing itu sayu, rasa kasihan wujud di hati dia. Kucing itu kembali diangkat, Nadia mengambil keputusan untuk membawa ia pulang ke rumah dan memberi makan. Sekurang-kurangnya dapatlah kucing itu mengalas perutnya bagi kelangsungan hidup.

.....................................................

Buku latihan Skor SPM Matematik Tambahan diselak satu persatu, Nadia menyelak muka surat mengandungi latihan yang ditandanya ketika di kelas petang tadi. Nadia amat mementingkan masa dan dia tidak akan sewenang-wenangnya menangguh kerja. Latihan yang guru tuisyennya pesan petang tadi terus dibuat olehnya. Tambahan pula esok hari Sabtu, jadi dia membuat keputusan untuk tidur lewat sedikit malam ini dengan menyiapkan semua latihan tersebut. Bagi menghilangkan sunyi malam, Nadia memainkan lagu yang terdapat di dalam komputer ribanya.

Ruang tamunya yang tadi riuh dengan bunyi televisyen kini sudah tidak kedengaran. Ibu bapanya mungkin telah masuk tidur. Nadia pula sedang asyik membuat latihan Matematik Tambahannya. Fokus Nadia tiba-tiba hilang apabila dia merasakan ada sesuatu yang bergesel di kakinya. Terkejut dia apabila melihat kucing kecil yang dikutipnya di pondok bas petang tadi sedang mengiau dan mengesel-geselkan badannya di kaki Nadia. Rasanya selepas memberi makan petang tadi Nadia sudah meletakkan ia di luar dapur. Nadia kehairanan. Tetapi barangkali ibunya mesti lupa untuk menutup pintu jadi si comel itu telah menyusup masuk dan bersembunyi di dalam.

Nadia memegang si kecil kelabu itu lalu mengusap-usap kepalanya. Kucing itu memberi reaksi yang amat manja apabila di usap-usap bulu dan kepalanya. Tekanan dan stress daripada Matematik Tambahan tadi terus serta merta hilang apabila si comel itu datang kepada Nadia. Benarlah kata orang bahawa kucing ini ibarat terapi pada jiwa manusia. Sedar tak sedar sudah jam 2 pagi sejak Nadia duduk menghadap buku latihan itu pada pukul 12 tengah malam. Lagu Vanessa Carlton - A thousand miles di komputer ribanya dimatikan. Nadia berasa amat malas untuk turun membawa kucing itu ke bawah, jadi dibiarkan sahaja si kecil itu baring dan bermain di biliknya.

Nadia terus melabuhkan badan ke katil empuknya manakala kucing itu baring di atas karpet berdekatan meja belajarnya. Disebalik samar-samar cahaya lampu meja, Nadia merenung kucing kecil yang sedang nyenyak tidur di sebalik kehangatan karpet itu. Dia hairan bagaimana anak kucing yang sebegitu comel boleh dibuang oleh tuannya. Kalau hendak dibuang sekalipun, buanglah bersama ibunya supaya si kecil ini ada tempat untuk bergantung dan sentiasa mendapat perlindungan daripada ibunya. Renungan Nadia kepada kucing itu lama-lama kabur, dan dia terus terlelap akibat keletihan.

Tidur nyenyak Nadia tiba-tiba terganggu, dia terasa seperti jarinya sedang dijilat-jilat. Kedengaran juga bunyi mengiau ketika itu. Dalam separa sedar dia tahu kucing kecil itu sedang menjilat-jilat jari tangan Nadia. Nadia amat berat untuk membuka matanya akibat terlalu letih, lalu dibiarkan sahaja kucing itu menjilat dan bermain-main jari tangannya. Ada kalanya kucing itu menggigit-gigit manja jari tangannya. Ada kalanya juga kedengaran bunyi kucing itu sedang berlari-lari di atas karpet. Nadia terus terlena ditemani si comel itu sehingga sinar pagi menjelma.

"Ibu ada nampak anak kucing semalam tu tak? Yang warna kelabu tu" Soal Nadia kepada ibunya setelah melihat kucing kecil itu sudah tiada di dalam biliknya pagi itu.

"Manalah ibu nampak. Kan lepas bagi makan semalam Nadia yang letak anak kucing tu kat luar. Mungkin dia ada lah tu kat luar" Jawab ibu Nadia

"Tapi malam tadi dia ada dengan Nadia, dia masuk bilik Nadia"

"Eh, janganlah biar kucing tu terbiasa kat dalam rumah ni sangat, Ayah kamu tu kan ada asma. Dia alah dekat bulu-bulu kucing ni. Sudah, pergi mandi lepas tu sarapan" Nasihat ibu Nadia

Selesai bersarapan dan mengemas rumah, Nadia mencari kucing tersebut di luar rumah. Namun tiada tanda-tanda yang menunjukkan kucing itu kelihatan. Barangkali ia sudah berjalan ke luar menuju ke pasar basah berdekatan rumahnya. Di situ memang banyak kucing-kucing yang terbiar dan berpeleseran. Harapannya agar si kecil itu dapat meneruskan hidupnya dengan mencari makanan sendiri di situ.

..........................................................

Nadia menutup pintu bilik, begnya di letakkan di atas meja. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu berbaring di katil. Dia melihat semula gambar-gambar bersama rakan-rakannya siang tadi. Dia tersenyum. Sebelum menduduki peperiksaan SPM, Nadia dan rakan-rakannya sudah berjanji untuk keluar makan bersama dan menonton wayang. Oleh sebab keletihan, Nadia terlelap dengan telefonnya masih berada digenggaman.

Jam sudah hampir memasuki waktu Maghrib, Nadia terjaga dari lenanya. Dia terjaga bukan sebab terdengar Azan dari Masjid tetapi terdengar bunyi seperti ada sesuatu sedang mencakar. Bunyi itu datang dari dalam alamari bajunya. Dia kehairanan namun dia positif. Mungkin anak kucing itu sudah terperangkap di dalam almari tersebut. Bunyi cakaran makin jelas. Perlahan-lahan pintu almari dibuka, Nadia mencari-cari kucing itu tetapi tiada tanda kewujudannya di situ. Puas baju-bajunya di selongkar namun hampa. Memang tiada anak kucing itu di situ. Nadia berdiri mencekak pinggang sambil kehairanan.

"Tu lah kamu, senja-senja suka tidur! Sejak petang semalam memang mak dah tak nampak langsung kelibat anak kucing tu dah" Bebel Mak Nadia

"Tapi tadi orang dengar bunyi macam dia ada kat dalam bilik tu" Nadia cuba membidas

"Cuba la cari betul-betul, entah dia menyorok dekat mana entah. Lepas dah jumpa tolong keluarkan dari rumah ya. Nanti Ayah kamu bising. Dia mana suka kucing-kucing ni semua" Mak Nadia memberi arahan

"Nadia, kenapa mak tengok kamu ni makin kurus? Drastik pula tu. Mak tengok kamu kat rumah ni tak adalah jarang makan" Soal Mak Nadia. Soalan itu dibiarkan sepi oleh Nadia

Nadia mula hilang akal. Dia pasti memang terdengar bunyi cakaran itu senja tadi. Dari mana pula datangnya bunyi itu jika anak kucing tersebut memang tiada di situ? Sudahnya Nadia malas nak mengambil kisah berkenaan hal itu. Tetapi entah kenapa dia bagai terpesona dengan kehadiran kucing comel tersebut. Dia mula rindu dan teringat-ingat. Malam itu terjadi lagi hal yang sama seperti malam kelmarin. Nadia merasakan ada sesuatu sedang bermain dan menjilat-jilat jari kakinya. Memang dia fasih benar daripada gaya itu. Anak kucing itu datang lagi. Antara separuh sedar, Nadia perlahan-perlahan mengerakkan kakinya dan membuka mata supaya anak kucing itu tidak terkejut dan lari.

Sebaik dia membuka mata,sepantas kilat terlihat seperti kelibat kucing sedang bergegas lari ke bawah katil. Mungkin dia sedar bahawa Nadia telah terjaga dan terus kucing itu ingin bersembunyi. Lampu bilik dipasang, Nadia mencari-cari kucing itu di bawah katil. Gelap dan kosong. Tiada penampakan kucing di bawah katil. Merata dia cari di segenap ruang biliknya. Memang tiada. Puas dia memanggil namun tiada sebarang kucing pun yang keluar. Nadia mula berperasaan antara bingung dan seram. Lampu kembali ditutup, Nadia sambung tidur. Dia sebenarnya merasa pelik kerana kelibat fizikal yang diingatkan kucing itu terlalu besar untuk seekor anak kucing.

Nadia baru hendak kembali lena tiba-tiba dia terdengar suatu bunyi. Bunyi ada sesuatu sedang mencakar dindingnya. Kemudian bunyi seperti ada sesuatu berfizikal besar sedang berlari-lari mengelilingi biliknya. Sangat riuh rendah bunyinya ketika itu. Sejak bila pula anak kucing yang kecil itu sudah bertukar menjadi manusia. Bisik hati Nadia ketakutan. Nadia tarik selimut. Bantal di tekup ke muka bagi mengelakkan dirinya terlihat benda-benda yang tak ingin dia lihat.

"hhhheeeerrrrr, Nadiaaa.... Janganlah tutup muka tu dengan bantaaal.. hhhhheeeeeeiii"

Nadia terus menangis ketakutan mendengar suara garau yang berselang seli dengan halus itu. Dia tahu ada yang tidak kena dengan situasi dalam biliknya kini. Nadia terus menekup mukanya dengan bantal akibat ketakutan yang amat sangat. Perlahan-lahan dia terdengar seperti ada benda sedang naik ke katilnya, di saat itu juga Nadia sedar jari kakinya sedang dijilat-jilat dan digengam oleh sepasang tangan yang halus, kurus dan sejuk. Nadia terus menjerit dan menangis. Dia tidak berani melihat.

Dalam pada itu Nadia sedar yang benda itu kni sedang mula perlahan-lahan naik ke tubuhnya. Nadia seperti dipaku di katil. Dia langsung tidak boleh bergerak mahupun menjerit minta tolong. Kini dia merasakan ada jari jemari yang berkuku panjang sedang membelai-belai lengannya. Keadaan itu berlarutan untuk beberapa minit kemudian benda itu kelihatan senyap. Tiada lagi terasa seperti ada tangan sedang memegangnya. Dia berasa lega dan terus mengucap panjang. Nadia memberanikan dirinya untuk melihat keadaan sekeliling, perlahan-lahan dialihkan bantal dari mukanya. Suasana senyap sunyi malam itu.

Nah, Dari hujung katil lembaga itu terapung dan meluru ke arah Nadia! berwajah amat menakutkan dengan gigi bertaring dan biji mata yang merah terbeliak. Tubuhnya dibaluti kain putih panjang. Rambutnya usah cakap. Panjang mengurai sehingga ke lantai. Wajah hodoh itu betul-betul di hadapan muka Nadia. Mulutnya terbuka luas menampakkan taring. Nadia menggigil ketakutan yang terlalu takut, dia ingin memejamkan matanya tetapi tidak terdaya.

"hhhhheeeeeee.. hihiiiii... Pandanglah muka aku Nadiaaaa.. !! Kau dah ambil aku.. jadi aku akan temani kau setiap malammmm.. hhhhheeee!!"

Hantu itu terus ketawa menghilai. Nadia menjerit kuat ketakutan. Dengan harapan ibu bapanya terdengar. Tidak sanggup lagi dia melihat lembaga berwajah hodoh itu berdesir dihadapannya. Ia langsung tidak berganjak, Nadia semakin terasa berat di dada. Dengan baki tenaga yang ada, ayat-ayat suci dibaca. Lembaga hodoh itu terbang terapung ke atas siling, rambut hitamnya yang panjang hampir mengenai muka Nadia. Hantu itu melompat laju, lalu bertenggek di atas almari. Dia memandang tajam ke arah Nadia lalu mengilai kuat kemudian hilang.

Nadia demam seminggu selepas kejadian itu. Baru dia tahu selama ini yang menjilat dan menggigit jari kakinya adalah 'benda' itu. Tidak hairanlah ibunya menegur Nadia yang kelihatan kurus.

Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/


Amin menolak-nolak kereta permainannya di atas lantai ruang tamu. Begitu girang sekali dia bermain sambil diselang-selikan dengan gelak tawa. Ibunya, Hanis yang sedang masak hanya memerhatikan gelagat anaknya itu dari sudut dapur. Dia memandang sambil tersenyum. Amin terus bermain, habis dipunggahnya permainan-permainan yang terletak di rak almari khas dan diletakkan semuanya di lantai.

"Kakak suka tak mainan kereta ni, semalam Ayah Amin baru belikan tau untuk Amin" Kata Amin sambil menolak-nolak kereta permainan itu. Hanis yang sedang memotong sayur di meja terhenti mendengar suara anaknya. Dia terus menjengukkan kepalanya sedikit ke ruang tamu untuk melihat Amin.

"Amin. Amin cakap dengan siapa tu?" Hanis menegur Amin yang tengah asyik bermain. Hanis hairan kerana rasanya hanya dia berdua sahaja di dalam rumah ketika itu.

"Amin cakap dengan kakak tu, dia datang nak main sama-sama dengan Amin. Tu nampak dia tengah duduk dekat tepi almari. Kakak kenapa duduk jauh-jauh, mari la sini main kereta ni dengan Amin" Balas Amin.

Hanis tersentak mendengar kata-kata anaknya itu. Dia bangun lalu terus ke ruang tamu dan memandang ke sekeliling dalam rumahnya. Risau dia kalau-kalau memang ada orang yang sedang cuba menceroboh masuk. Sudahlah hanya dia berdua sahaja di rumah ketika itu. Suaminya sudah pergi ke tempat kerja. Hanis terus memandang Amin yang tengah seronok bermain dengan permainan kereta barunya. Dari riak muka Amin memang tak nampak langsung kecurigaan.

"Amin bercakap dengan siapa tadi, Mama tak nampak sesiapa pun dalam rumah ni lagi selain Amin seorang, Amin jangan main-mainkan Mama" Hanis bertanya kepada anaknya itu sambil memberikan reaksi muka bimbang.

"Tu, Amin tengah cakap dengan kakak tu. Mama tak nampak ke? Dia memang dah lama duduk dekat situ. Amin ajak dia main tapi dia duduk diam je tak nak datang sini" Kata Amin sambil menunjuk ke arah tepi almari berkaca di sudut ruang tamu yang menyimpan barang-barang perhiasan. Hanis makin hairan dan bingung. Dalam masa yang sama dia berasa tidak sedap hati.

"Macam mana rupa kakak tu Amin?" Hanis memberanikan diri menanyakan soalan itu kepada anaknya.

"Ala, mama tak nampak ke dia duduk situ? Rambutnya panjang sangat. Kakak tu cantik tau. Tadi Amin nampak kakak ni merangkak keluar dari bilik mama" Kata Amin menjelaskan sambil terus bermain.

Berderau terus darah Hanis mendengar kata- kata anaknya. Kakinya seakan lemah longlai. Dia memandang ke arah tepi almari. Tetapi memang tiada penampakkan apa-apa sosok di situ. Hanis terus terduduk diam di atas sofa. Matanya merenung memandang ke arah anaknya itu. Sebenarnya dia kebingungan. Baginya agak payah untuk seorang anak kecil berumur 5 tahun mengatakan sesuatu yang dusta. Tak kan lah anaknya itu mahu bercakap bohong atas sesuatu yang mereka sendiri benar-benar nampak. Hanis diburu ketakutan.

Hari beransur petang. Dua beranak itu mengambil angin luar sambil sama-sama menunggu insan tersayang pulang ke rumah. Hanis kelihatan sedang menyiram pokok-pokok bunga manakala Amin sedang bermain dengan basikalnya. Hanis sebenarnya masih runsing memikirkan kejadian pagi tadi. Sesekali diperhatikan anaknya itu yang lincah bermain di halaman rumah. Tidak cukup dengan mengayuh basikal, dimainnya pula bola di atas rumput. Bola disepak-sepak sehingga terkena pokok rimbun di hadapan halaman rumah. Amin ketawa girang.

Hari makin senja. Lambat pula hari ni suaminya pulang, bisik Hanis. Pokok-pokok bunga sudah siap disiram. Hanis duduk sebentar di bangku kayu di halaman rumahnya. Matanya tekun memerhati Amin yang sedang berdiri pegun sambil memandang ke atas pokok.

"Amin buat apa dekat bawah pokok tu, mari sini masuk rumah. Hari dah nak malam". Hanis memanggil anaknya. Namun Amin masih berdiri di bawah pokok rimbun itu sambil memandang ke arah atas. Kelihatan mulutnya sedang terkumat kamit seperti sedang bercakap seseorang. Hanis makin tidak sedap hati. Hanis bangun dan memanggil Amin sekali lagi.

"Kejaplah Mama. Kakak tadi tu ada dekat atas pokok ni, dia senyum kat Amin" Kata-Kata Amin itu terus membuatkan darah Hanis berderau. Hanis berganjak ke hadapan sedikit dan meluru ke arah Amin. Terus dicapai tangan kecil anaknya itu dan mendukungnya menuju ke dalam rumah. Kebetulan pada ketika itu suaminya, Azman pulang. Dalam dukungan, Amin sempat berkata bahawa 'kakak' yang dilihatnya sebentar tadi telah terbang ke ruang langit. Cepat-cepat Hanis membawa Amin dan menyuruh suaminya masuk ke dalam rumah.

"Macam mana ni abang, saya syak ada sesuatu lah yang jadi dekat Amin ni" Hanis menuju dan duduk di meja makan.

"Awak pasti ke apa yang dicakapkan Amin tu betul?" Azman menyenduk nasi lalu diletakkan di atas piring. Azman menjawab pertanyaan Hanis bagai acuh tak acuh.

"Abang, dua kali tau hari ni Amin beritahu saya yang dia nampak 'kakak' tu. Abang cuba fikir, takkanlah budak kecil macam dia nak bercakap bohong dan bercakap bukan-bukan begitu? Cuba lah bagi perhatian sikit"

"Melainkan dia memang benar-benar nampak benda tu" Azman menjawab ringkas seperti turut bersetuju dengan Hanis

"Ha kan. Jadi macam mana sekarang? Sebelum keadaan jadi lebih teruk saya rasa eloklah kita bawa Amin pergi berubat"

"Kita bawa dia pergi berubat dekat Ustaz Syed" Azman melontarkan penyelesaian

.......................................................

Azman menutup suis televisyennya. Matanya sudah mulai mengantuk. Hanis kelihatan sedang membasuh pinggan-mangkuk di dapur. Tidak semena-mena terdengar suara Amin menjerit dari bilik atas. Lalu bergegaslah Hanis dan Azman menaiki tangga menuju ke bilik Amin. Pintu bilik di buka, Amin sedang duduk menangis di atas katil.

"Amin, kenapa ni??" Tanya Azman sambil menenangkan Amin

"Tu!" Amin menunjuk ke arah atas almari bajunya. Hanis dan Azman serentak memandang ke atas almari. Namun tiada apa-apa di atasnya. Hanis bertanyakan kepada Amin apa yang dinampaknya di atas almari tesebut

"Tu. dekat atas tu ada perempuan tua rambut putih. Tadi masa dia masuk bilik Amin muka dia cantik. Tapi sekarang muka dia dah jadi buruk!" Amin teresak-esak. Azman dan Hanis cepat-cepat mendukung Amin turun ke bawah.

Kunci kereta dicapai. Kereta pantas dipandu keluar dari halaman rumah. Mereka tiga beranak menuju ke rumah Ustaz Syed. Hanis dan Azman kelihatan resah melihat keadaan anaknya itu. Kereta meluru laju di atas jalan raya yang basah akibat hujan gerimis sebentar tadi. Hanis memangku anaknya di kerusi hadapan sambil menenangkannya. Amin terdiam. Mungkin sedang terkejut. Azman bingung memikirkan kejadian yang menimpa anaknya itu. Bermacam-macam persoalan berlegar-legar di ruang kepala. Antaranya sejak dari bila Amin boleh melihat makhluk-makhluk alam ghaib tersebut.

Rumah Ustaz Syed terletak agak jauh daripada rumah Hanis dan Azman. lebih kurang 40 kilometer jauhnya. Mereka tiada pilihan lain sebelum masalah ini menjadi lebih serius. Amin kelihatan terduduk diam di pangkuan Hanis. Ekor matanya sesekali memandang ke kiri dan ke kanan. Azman sedang fokus memandu, mukanya kelihatan serius.

"Papa, kenapa orang tu dekat luar? Dia dekat sebelah cermin Papa" Amin memecah kesunyian. Azman yang tadinya fokus kini hampir hilang kawalan. Dia menoleh ke kanan dan terpandang 'benda yang elok berbungkus putih dari tubuh hingga ke kepala sedang melompat-lompat di tepi pintu keretanya. Azman mengucap panjang, dia hampir-hampir terbabas ke bahu jalan. Dia menyesal kerana menoleh ke kanan. Ketika itu Hanis juga nampak kerana Azman terdengar Hanis menjerit ketika dia sama-sama menoleh ke kanan.

"Abang, walau apapun yang tejadi sekarang ni, saya nak kita kawal emosi dan semangat. Fikirkan keselamatan kita bertiga. Banyak-banyakkan baca ayat-ayat suci, ini sahaja yang dapat membantu kita" Hanis teresak-esak. Azman yang dalam keresahan kembali fokus memandu.

"Amin. Kalau nampak apa-apa lagi cukuplah Amin seorang sahaja yang tahu dan nampak. Mama dan Papa tak sekuat Amin. Mama dengan Papa nak sembuhkan Amin ni. Mama tak nak Amin selamanya macam ni" Kata-kata hanis membuatkan Amin terdiam. Azman yang sedang memandu kelihatan agak cemas kerana dia sememangnya dapat merasakan lagi kehadiran 'benda' putih itu melompat-lompat di sebelah kanannya. Azman tidak putus-putus membaca surah Kursi. Dia menahan dirinya daripada tertoleh ke kanan. Jika tidak, nahas menanti.

Destinasi yang dituju masih lagi berbaki 20 kilometer. Keadaan kembali tenang, Hanis termenung jauh ke luar sambil memangku Amin yang sudah tidur. Tiba-tiba "Bammm!!". Azman terkejut dan sekali lagi hampir membelok stereng keretanya ke kiri. Bunyi itu datang dari atas bumbung keretanya. Bukan sekali tetapi berkali-kali ia berbunyi. "bamm! bamm! bammm!!" Hanis dan Azman makin berdebar-debar, bagai ada benda sedang berjalan menghentak-hentak kaki di atas bumbung kereta mereka ketika itu.

Bunyi itu ada kalanya senyap seketika kemudian berbunyi lagi dan berterusan. Azman seperti hilang fokus, mahu sahaja dia memberhentikan keretanya untuk memeriksa apa yang ada di atas bumbungnya. Tetapi itu bagaikan tidak masuk akal, buatnya yang di atas itu benda yang dia tidak ingin lihat, makin haru lagi nanti. Hanis menenangkan Amin dan menyuruh dia tidur kembali. Kereta mereka memasuki satu selekoh, jalan di situ agak gelap sedikit kerana hanya terdapat beberapa batang tiang lampu sahaja. Manakala di kiri kanan mereka tumbuh lalang dan semak samun yang terbiar. Cahaya dari lampu kereta menyuluh terang ke hadapan jalan.

"Sayang. Abang nak sayang tenang dan jangan pandang ke belakang tau lepas apa yang abang cakapkan ni" Azman berkata perlahan

"Apa dia abang??" Kata-kata Azman menambah gusar di hati Hanis

"Ada 'benda' dah mengikut kita sejak dari lepas selekoh tadi" Hanis terus ketakutan, mengucap panjang dia apabila suaminya berkata begitu. Hanis terdiam dan merangkul Amin kuat.

Azman sudah rasa tidak sedap hati di sepanjang perjalanan itu. Sesekali matanya melirik ke cermin sisi. 'Benda' itu tetap melayang mengekori dari belakang kereta. Rambutnya panjang melepasi kaki. Hanis berasa aneh kerana Amin terus senyap. Dia memandang ke bawah untuk memeriksa Amin di pangkuannya. Keadaan di dalam kereta sangat gelap, Hanis cuba meraba-raba kepala Amin. Namun dia berasa hairan kerana apa yang dia rasa seperti meraba benda sejuk dan keras. Hanis memandang pangkuannya dan kebetulan kereta mereka melalui bawah tiang lampu jalan.

"Abanggg!! Mana Amin abangg! Ini bukan anak kitaa!!" Hanis melolong ketakutan sambil menangis. Azman beristighfar panjang apabila melihat batu nisan di pangkuan Hanis. Amin sudah hilang. Dia 'ditukar' dengan batu nisan buruk. Hanis seperti sudah mahu pengsan. Azman terus memberhentikan kereta di bahu jalan. Dipanggil-panggil nama Amin berulang kali. Azman bagai hilang akal. Dia mundar- mandir di tepi jalan lama itu. Tiba-tiba ada satu kelibat melintas laju di belakangnya. Azman menoleh ke belakang. Kemudian terdengar ada satu suara yang menakutkan dari atas pohon rendang. Azman dan Hanis tergamam. Perempuan berambut panjang berdiri di sebalik dahan-dahan pohon.

"Azmannn!! Ini anakk akuu!! Kau manusia yang memang tak bertangunggjawab atas perbuatan kau!! Sebagai balasan aku mahu hak ke atas aku, jadi aku akan ambil anak aku ini dari kauu!!" Mulutnya terbuka luas, matanya terbeliak tajam memandang Azman. Amin kini dalam dukungan perempuan di atas pokok itu. Azman terkejut. Dia terkejut kerana roh bekas isterinya kini muncul semula dalam keadaan yang mengerikan.

"Demi Tuhan Ya Allah aku sudah bertaubat atas perbuatanku, pulangkan anak aku dan baliklah ketempat asal kau wahai syaitan! Sesungguhnya kau ni hanyalah jelamaan bekas isteriku" Azman berganjak sedikit ke hadapan

"Tidak semudah itu, perbuatan kau amat melampau sehingga membuatku terbunuh! Aku memang sudah lama berdendam dengan kau wahai manusia!" Perempuan itu melepaskan Amin dan terbang meluru ke arah Azman. Angin bertiup kencang ketika itu, jasad Azman disentap dan ditarik ke atas oleh roh berambut panjang itu, kedengaran suara mengilai perempuan itu dan diselang seli dengan suara Azman menjerit. Kedua-duanya kelihatan berpusar di ruang langit, angin kencang kelihatan agak buas. Mereka kemudian hilang ditelan langit hitam. Hanis terduduk menangis seakan tidak percaya apa yang berlaku di hadapan matanya itu.

..............................................................

4 tahun lepas, seorang wanita telah dibunuh oleh suaminya sendiri akibat tekanan perasaan dan cemburu. Kejadian ini terjadi apabila si wanita cantik ini dikatakan telah menjadi mangsa fitnah sehingga membuatkan si suami bertindak melulu dengan membunuh isterinya. Fikir dahulu sebelum bertindak. Syaitan sentiasa sedaya upaya menghasut dan menysesatkan manusia sehinggan hari Kiamat.

Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/


Adakah anda percaya akan sumpahan ibu? Pernahkah anda mendengar sesorang itu disumpah oleh ibunya selain Si Tanggang? Waktu admin kecil dahulu admin pernah mendengar khabar angin ada seorang anak lelaki disumpah oleh ibunya menjadi manusia berkepala burung.

Waktu itu zaman 90 an, umur admin masih 12 tahun. ketika itu admin tinggal di rumah flat. Tahun 90 an merupakan tahun yang seronok bagi admin. Ketika itu teknologi masih belum canggih dan admin sering bermain di luar rumah bersama rakan-rakan. Gasing, bola sepak, kad tepuk sering menjadi permainan popular ketika itu. Ia menjadikan hubungan antara penghuni-penghuni flat akrab dan harmoni.

Waktu malam adalah waktu admin dan rakan-rakan belajar mengaji Al-Quran. Kami mengaji di rumah ustazah yang terletak di blok 30. Kami tinggal di blok 28. Untuk pergi ke blok 30, kami perlu berjalan kaki dan turun ke satu cerun yang gelap dan mempunyai banyak pokok. Tiap kali kami turun ke cerun itu, kami selalu berlari secepat mungkin kerana risau 'dia' akan mengekori kami.

Penghuni flat kami mengatakan tiap malam mesti ada hantu berkepala burung bertenggek di atas pokok-pokok cerun itu. Di khabarkan hantu itu disumpah oleh ibunya sehingga kepalanya bertukar menjadi kepala burung. Punca dia disumpah adalah menjadi anak derhaka.

Oleh itu apabila kami turun di cerun itu, jika terdengar ada bunyi-bunyi di atas pokok, pasti kami akan berlari sepantas kilat. Kadang-kadang kami terdengar bunyi seperti gagak berkokok tapi dengan nada yang sayu. Khabarnya dia tidak boleh jejak ke tanah kerana bumi juga tidak menerimanya. Pokok menjadi tempat tinggalnya seperti burung-burung yang bertenggek di dahan kayu. Walaupun dalam beg kami ada senaskhah Al-Quran, kami masih takut melalui cerun yang gelap itu. Siapa yang lambat berlari pasti akan disakat oleh rakan kami dan tinggalkan dia seorang di situ.

Pernah terjadi satu kes semasa kami mahu pergi mengaji, ramai penghuni flat kami mengejar sesuatu yang berlompat di atas pokok. Ketika itu mereka mengejar hantu berkepala burung yang sedang duduk bertenggek. Ada yang memegang kayu dan baling ke atas pokok. Kami tidak nampak apa-apa di atas pokok namun kawasan menjadi riuh rendah dengan aksi orang kejar mengejar.

Mereka kata hantu berkepala burung ini suka menyakat penghuni-penghuni flat di waktu malam. Anak-anak gadis mesti berteman jika ingin melalui cerun itu. Namun tiada kes yang tidak diingin berlaku. Ibu bapa kami sering menjadikan kisah hantu berkepala burung ini sebagai satu teladan supaya kami tidak derhaka pada ibu bapa.

Lama-kelamaan kisah hantu berkepala burung ini sudah tidak dibicara oleh penghuni flat kami. Ada yang mengata dia sudah mati dan ditanam di tempat yang tidak diketahui. Namun kami masih lagi takut bila turun ke cerun yg gelap itu. Kerana bukan sahaja kisah hantu berkepala burung yang sering jadi bualan. Pernah kami terdengar ada orang ternampak sekumpulan askar Jepun sedang berkawad di kawasan cerun itu.

Mereka kata kawasan flat ini adalah tempat kem askar Jepun sewaktu mereka menjajah negara kita dahulu....

Pesanan: Jangan derhaka pada ibubapa. Sesungguhnya doa ibubapa terhadap anaknya mudah dikabulkan.

 Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/


Zara membuka pintu pagar rumah. Di lihatnya ruang garaj keretanya kosong. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering, lalu pantas di jawabnya. Zara menjawab panggilan itu sambil berjalan ke pintu rumahnya.

"Okay, tapi jangan lama-lama sangat tau, i sorang je dekat rumah ni. Eh, kalau you balik nanti tapaukan i burger dekat sebelah Speedmart tu. Okay dah, hati-hati memandu."

Sempat Zara memesan makanan kegemarannya itu kepada Wina.. Wina kebetulan baru sahaja keluar dari rumah untuk berjumpa teman lelakinya. Wina menelefon Zara untuk memberitahu ketiadaannya di rumah. Barangkali Wina akan pulang lewat. Zara dan Wina merupakan rakan baik sejak daripada mereka belajar di universiti lagi. Selepas tamat pengajian, mereka berdua bekerja di bandar yang sama. Jadi mereka membuat keputusan untuk berkongsi menyewa rumah bersama-sama.

Selepas mandi dan menunaikan kewajipan Maghrib, Zara merebahkan tubuhnya yang lesu di sofa. Dia berasa letih kesan daripada kerja yang banyak di pejabat siang tadi. Di capainya alat kawalan jauh dan tv terpasang. Satu-satu saluran dialih, tiada yang benar-benar membuat Zara berminat. Balik-balik drama cinta melayu, balik-balik drama anak lelaki sombong yang mewarisi legasi kekayaan bapanya. Bosan. Bisik hati Zara. Dialihnya pula ke saluran Discovery. Zara begitu meminati saluran ini kerana ia selalu memberikan info dan maklumat yang menarik. Namun akibat keletihan, dia tidak dapat begitu hadam akan pengisian rancangan di Discovery malam itu. Matanya semakin kecil, dan mengecil dan mengecil. Zara terlelap di atas sofa.

"Tik.. Tik.... Tikk.."
"Tikk.. Tik.. Tikk.."

Zara terjaga daripada lamunan. Bunyi air paip daripada pili yang tidak ditutup kuat menganggu lenanya. Dalam kemalasan dan keberatan dia bangun untuk menuju ke dapur. Bunyi titisan itu datangnya dari dapur, itu dia pasti. Tubunya terasa meremang pula sewaktu dia berjalan ke dapur. Sempat dia mengerling ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul 11 malam. Lampu bahagian dapur memang biasa dibiarkan mati jika tiada orang kerana Zara dan Wani telah bersepakat untuk mengamalkan gaya hidup berjimat.

Untuk menghidupkan suis lampu dapur, Zara perlu membuka dahulu pintu bahagian dapur tersebut. Itu agak meremangkan Zara kerana dia perlu menghadapi fasa kegelapan dapur dahulu untuk seketika sebelum mencapai suis lampu di dinding. "Tap!" suis lampu dapur berjaya di buka, kelihatan air paip yang menitis-nitis daripada pili menitik ke dalam sinki. Zara hairan kerana dia langsung tidak ke dapur sejak dari pulang kerja petang tadi. Tak lain tak bukan ini mesti kerja Wina yang terkenal dengan sikap cuainya. Zara mengetatkan kunci pili lalu menutup lampu dapur.

Zara kembali ke ruang tamu. Matanya kini segar semula ekoran daripada titisan air paip yang menganggu tidurnya sebentar tadi. Saluran Discovery masih terpasang, tapi matanya kini beralih pula ke arah skrin telefon bimbit. Sangat tidak kena dengan amalan gaya hidup berjimat yang dia canangkan kepada Wina minggu lepas. Televisyen terpasang tapi tidak ditengok. Zara membuka applikasi Whatsapp, dicari nama Wina untuk menghantar pesanan teks.

- You dekat mana, lambatnya

Dah nak balik dah, Rizal ni ajak temankan dia pergi gunting rambut pulak - Wina

- Ish, cepatlah sikit balik. I naik seram pulak sorang-sorang dekat rumah ni!

Ala, nak seram apa bukan ada hantu pun - Wina

- Eh you ni, jangan sebut perkataan tu boleh tak? I suruh hantu tu gigit kepala you baru tahu

Zara tersenyum, dia meletakkan emoji mimik muka ketawa sambil menangis di akhir pesanan teksnya kepada Wina. Puas hatinya dapat mengenakan rakannya yang pulang agak lewat itu. Namun sunyi sepi di dalam rumah tersebut tidak dapat dielakkan lagi, mahu tidur tetapi mata masih tidak mengantuk. Mahu menonton televisyen, rancangan pula asyik yang sama berulang-ulang. Zara kembali melihat skrin telefonnya dan membuka laman sosial Facebook. Sudah agak lama dia tidak melayari laman sosial itu apatah lagi mengemas kini status.

Sewaktu sedang membaca status-status pujangga dan jiwang rakan-rakannya dia tertarik pada satu 'page' Facebook ini. Setelah diteliti akaunnya, rupa-rupanya 'page' ini selalu menyiarkan kisah-kisah seram untuk bacaan orang ramai pada setiap malam. Satu persatu entri dibaca oleh Zara, dari kisah sekolah berhantu, kisah hantu perigi, kisah piano berhantu, kisah hantu kimono putih dan bermacam-macam hantu lagi. Membaca cerita hantu begitu sewaktu sedang keseorangan adalah bukan satu idea yang bijak. Zara berkata di dalam hati.

Makin banyak kisah seram yang dibaca makin meremang pula bulu tengkuknya. Zara memang suka menguji adrenalinnya dan memang peminat cerita-cerita seram, tetapi bukanlah dalam keadaan berseorangan begitu. Dia selalu mengajak Wina menonton wayang setiap kali jika ada filem hantu baru ditayangkan di pawagam. Zara juga selalu memuat turun filem-filem seram di internet, tetapi mesti dia akan mengajak Wina sekali menontonnya di komputer riba. Tak berani Zara menonton berseorangan. Skrin telefon bimbit di skrol ke atas dan ke atas, dia membuka entri satu permainan di 'page' itu dan membaca komen-komen yang dihantar oleh pembaca.

"Aku lambai dekat pocong sebab dah memang hobi? Haha, kelakar betul lah" Zara tersenyum seorang diri. Zara berbaring di sofa dan terus membaca komen-komen oleh pembaca yang lain pula. Televisyen masih terpasang, mungkin dia berbuat begitu supaya tidak mahu rumahnya terlalu sunyi. Sekurang-kurangnya ada bunyi.

"Tikk..Tik..Tikkk.."

Zara menoleh ke dapur dengan muka kehairanan. Rasanya dia sudah mengetatkan pili paip di dapur tadi, tetapi kenapa masih berbunyi.

"Tikkk..Tikk..Tik"

Zara mengeluh. Titisan air di sinki masih berbunyi. Dalam keadaan dia sudah berbaring di sofa empuk itu mana mungkin dia rajin untuk bangun lagi. Zara membuat keputusan untuk terus baring sahaja, nanti-nanti sahajalah dia pergi ke dapur. Dia terus melayan 'page' Facebook seram tersebut, satu persatu komen dibacanya.

"Hahaha! Yang ni lagi kelakar. Aku cekik leher penanggal sebab bapak aku suruh!" Zara tidak dapat menahan diri daripada ketawa seorang diri. Terbahak-bahak Zara ketawa. Dia tidak sabar untuk menunjukkan 'page' Facebook ini kepada Wina apabila dia balik nanti. Namun tidak semena-mena ada satu suara kedengaran.

"Ada orang sebut penanggal ke?" Suara seperti perempuan tetapi sedikit garau.

Zara terkejut lalu terdiam membisu, keseronokan tadi terus hilang dibawa kegarauan suara tadi. Dalam keadaan yang masih berbaring Zara berfikir suara siapa yang dia dengar sebentar tadi dan dari mana datangnya? Jika dinilai mengikut kiraan desibel dan frekuensi, suara tadi seakan-akan sangat hampir dan seperti datang dari dalam rumahnya juga.

"Hai.. aku dengar ada orang sebut penanggal lah tadi" suara itu kedengaran lagi.

Ah sudah! Jerit Zara dalam hati. Dia bangun dan duduk memeluk kakinya di atas sofa. Dia berasa meremang setelah mendengar suara tadi, zara sudah tidak sedap hati. Jarum jam berdiri tepat pada angka 12. Dirinya berasa marah sangat kepada Wina kerana tidak pulang-pulang rumah lagi. Dalam masa yang sama tumpuannya turut terganggu dengan bunyi titisan air di sinki. Zara bangun dari sofa, mungkin suara yang didengarnya sebentar tadi merupakan halusinasi dirinya sahaja memandangkan dia keseorangan.

Perlahan-perlahan kakinya melangkah ke dapur, dalam kegelapan dia membuka pintu dan tangannya meraba-raba mencari suis lampu dapur. Keadaan didapur pada ketika itu sangat gelap sehingga tidak nampak apa-apa pun. Kecuali bunyi titisan air disinki. "Tap" lampu terpasang. Zara terus menoleh ke arah sinki dapur. Mata Zara terbeliak, mulutnya tergamam, kakinya terpaku. Satu kepala perempuan terapung, dengan wajah yang sangat hodoh, kulit lehernya terkoyak-koyak menampakkan urat, beserta usus, perut dan hati yang tergantung bergentayangan. Darah daripada isi perut makhluk itu menitis-nitis di atas sinki. Rupanya bunyi darah syaitan ini yang menitis di sinki daripada tadi.

"Tadi aku dengar kau sebut nama aku.. Nak kawan dengan aku tak? hihihihihihihi.." Makhluk itu mengeluarkan suara garaunya dan mengilai panjang. Zara pengsan lalu jatuh terjelepok longlai di hadapan pintu dapur.

...................................................

Skrin telefon bimbit Zara menunjukkan notifikasi Whatsapp masuk.

Zara. Kenapa tak angkat call i? You nak burger apa ni, ayam ke daging? - Wina

Hey, kenapa senyap je ni. You dah kena makan dek hantu eh? hahaha. - Wina

Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/


Tangga bas dituruni satu persatu, Amar berdiri sebentar di bahu jalan bagi memberi laluan kepada bas yang dinaikinya tadi untuk bergerak pergi. Asap dan debu daripada bas tersebut membuatkan Amar terbatuk kecil. Amar menyeberangi jalan besar dua hala itu untuk menuju ke rumahnya. Sudah setahun lebih sejak sibuk dengan pengajian di ibu kota Amar tidak pulang ke kampung. Tahun akhir merupakan tahun yang sibuk buatnya, itu belum termasuk kesibukan menjalani latihan industri di ibu kota yang sama. Kebetulan latihan industrinya baru sahaja tamat pada Rabu lepas dan dia mempunyai cuti satu minggu sebelum kembali ke pusat pengajian semula bagi membentangi tesisnya kepada pensyarah.

Rindu dia pada orang tuanya tidak dapat dibendung lagi, saban hari dia menghubungi melalui telefon bertanya khabar dan kesihatan. Amar anak bongsu, adik-beradiknya yang lain sudah berkeluarga sendiri dan masing-masing tinggal berjauhan. Bas yang dinaikinya tadi merupakan bas yang terakhir pada malam itu. Pukul 11 malam. Kampungnya pada ketika itu sudah sunyi. Amar tiada pilihan lain selain berjalan kaki untuk pulang ke rumah orang tuanya yang terletak lebih kurang setengah kilometer dari jalan besar.

Pinn! Pinn!

Amar menoleh ke belakang, cahaya daripada lampu motor di belakangnya cukup menyilaukan mata Amar. Dia mengecilkan mata untuk melihat siapa yang menunggang motor itu. Daripada bunyi enjin seperti bunyi motor jenis Honda EX5, kata Amar dalam hati. Penunggang itu betul-betul memberhentikan motor di belakangnya, terlihat kelibat kepala yang botak dalam kesamaran malam itu. Amar jadi gusar, risau kalau dibuatnya kalau samseng-samseng kampung mahu datang merompaknya. Amar cukup tidak gemar dengan segelintir budak-budak nakal di kampungnya yang suka berpelesaran dan berlumba. Jika dilihat di papan tanda jalan tidak tertulis di situ nama bapa masing-masing. Tapi kenapa mereka selalu suka menjadikan jalan-jalan di kampung itu seperti jalan bapa mereka. Geram Amar.

"Hoi Amar! Apa tercegat dekat situ je? Macam dah tak kenal aku je. haha" Penunggang EX5 itu bersuara.

"Eh, laa kau rupanya Man Tebor. Aku ingatkan penyamun mana tadi malam-malam macamni. hahaha" Kata Amar bergurau sambil menghulurkan salam kepada rakannya itu.

Man Tebor merupakan sahabat lamanya ketika di sekolah dahulu. Nama Man Tebor diberi kerana selepas sekolah dia bekerja menyambung legasi kedai bapanya sebagai penebar roti canai. Bapanya kebetulan baru sahaja meninggal dunia. Lama kelamaan nama panggilan itu melekat. Man Tebor menumpangkan Amar pulang ke rumahnya malam itu. Sambil dalam perjalanan itu mereka berdua berborak rancak kerana sudah lama tidak bertemu. Jambatan batu diseberangi dan EX5 merah diberhentikan di halaman rumah Amar.

"Terima kasih Man, nanti esok kita sambung borak lagi ya. Kita lepak dekat warung satay depan tu. Aku cuti seminggu ni"

"Ok cantik! Warung yang warna kuning tu kan. Kau rehat lah dulu Amar malam ni, kita jumpa dekat situ esok" Kata Man Tebor

Amar mengangkat tangan kepada rakannya itu lalu berjalan memasuki rumahnya. Sambil berjalan Amar terfikir sejenak yang sejak bila warung satay itu berwarna kuning. Setahunya ia berwarna biru. Mungkin sudah dicat baru, lagipun dia sudah lama tidak balik ke kampung. Amar malas hendak mengambil penting hal itu, tubuhnya kini sudah letih akibat perjalanan jauh dari ibu kota ke kampungnya itu. Rumahnya sudah sunyi waktu itu, ibu bapanya mungkin sudah tidur tetapi Amar sudah memberitahu mereka dia pulang hari ini. Selepas selesai membersihkan diri Amar terus merebahkan tubuhnya di katil.

...............................................................
5.30 PM - Warung Satay

Sementara menunggu Man Tebor datang, Amar memesan teh ais daripada Pak Nasir. Orang-orang di warung itu sudah mengenali sangat Amar, memandangkan dia anak penghulu. Pak Mokri, Wan Said, Wak Sukiman, Rahim Tejo, dan Mansor yang berada di situ semua bertanyakan khabar kepada Amar. Mereka semua merupakan pelanggan tetap di Warung Satay Pak Nasir. Jika mahu mencari mereka, cari lah mereka di situ, pasti ada.

"Cuti ke Mar? Lama benor aku tak nampak kamu ni sejak belajar kat bandor sana nun" Kata Wan Said sambil menghirup secawan kopi.

"Aah, saya cuti seminggu. Ada kesempatan ni saya balik lah jenguk-jenguk orang tua. Lagipun dah lama sangat saya tak balik" Balas Amar

"Eloklah tu Mar, abang-abang kau semua dah duduk jauh. Balik naik apa malam tadi?" Kata Wak Sukiman sambil menggulung rokok lentengnya

"Balik naik bas. Sampai depan jalan besar tu tiba-tiba terserempak pulak dengan Man Tebor. Dia yang tumpangkan saya balik ke rumah" Jawab Amar

"Astaghfirullah! Man Tebor??" Pak Mokri, Wan Said, Wak Sukiman, Rahim Tejo, dan Mansor yang berada di situ semua terkejut mendengar nama yang keluar dari mulut Amar.

"Budak Man tu kan dah meninggal sebab accident motor empat bulan yang lepas? Betul ke apa yang kau jumpa malam tadi ni Mar?" Kata Rahim Tejo dengan muka yang agak resah.

Seresah-resah Rahim Tejo dan yang lain-lain, lagi resah si Amar. Mulanya Amar ingat orang-orang kampungnya ini ingin bercanda dan bergurau dengannya tetapi bila diperhati muka masing-masing semua nampak serius. Menambahkan lagi debaran apabila Wan Said menunjukkan gambar di telefon bimbitnya. Gambar motosikal Man Tebor sewaktu kemalangan tersebut. Motosikal EX5 merah yang sama, turut kelihatan Man Tebor yang sudah terbaring terperosok di belakang sebuah lori.

"Betul Mar, kalau kau masih tak percaya lagi kau tataplah gambar ni. Aku sebagai saksi kejadian aku tahulah yang meninggal tu Man Tebor. Seluruh kampung dah tahu hal ni. Dia dah Arwah sekarang, siapa yang kau tumpang malam tadi tu Mar??" Penjelasan Wan Said menambahkan lagi kerunsingan di hati Amar. Fikirannya berkecamuk, jantungnya berdegup laju. Memang benar di dalam gambar itu ialah Man Tebor. Jadi dengan siapa dia tumpang pulang malam tadi. Persoalan itu terus bermain di kepala Amar.

Amar tidak menunggu lama. Sekeping not RM1 dan sekeping syiling 50 sen diletakkan di atas meja. Amar terus berlalu pergi dengan seribu satu persoalan di fikirannya. Memang benar Man Tebor yang dia jumpa dan berborak malam tadi. Memang dia tidak merasa seperti ada sesauatu yang pelik pada Man Tebor malam tadi. Karekternya sama seperti Man Tebor yang dia kenali, gila-gila, kelakar dan peramah. Tapi setelah mengingati kembali pada gambar yang ditunjukkan oleh Wan Said petang tadi di Warung, dirinya mula meremang. Seram pun ada. Man Tebor sudah meninggal terperosok dibelakang lori.

Malam itu Amar keseorangan, ibu bapanya sejak daripada tengahari tadi telah bertolak ke Kuala Selangor untuk menghadiri jemputan kenduri rakan bapanya. Amar berbaring di hadapan televisyen, matanya menatap skrin tetapi fikirannya masih terfikir tentang kejadian petang tadi. Dia sebenarnya masih dalam keadaan terkejut. Fikirannya terus melayang memikirkan kejadian menyeramkan itu. Tidak dia sangka yang malam tadi dia telah menumpang pulang bersama arwah Man Tebor.

Sewaktu fikirannya sedang melilau jauh, tiba-tiba kedengaran bunyi motosikal masuk ke rumahnya. Dia kenal sangat bunyi motor itu, bunyi daripada Honda EX5! Amar berdebar-debar. Dia mengamati bunyi motor yang tidak dimatikan enjinnya itu. Berdasarkan perkiraan Amar motor itu sedang berada betul-betul di tepi rumahnya. Hon bertalu-talu diberi kepada Amar yang sedang duduk seorang diri di rumah!

Pinn! Pinn!! Pinn!!

"Mar! Kau dekat dalam ke? Aku dekat luar ni, jom la lepak minum!" Suara Man Tebor kedengaran kuat. Amar terus resah gelisah dan kaku di hadapan televisyen. Dia berlari dan terus menyorok di dalam bilik. Benarkah apa yang didengarinya kini. Suara Arwah Man Tebor! Tidak berani dia hendak mengintai dari tingkap, Amar tidak sanggup melihat rupa Arwah Man Tebor setelah membayangi gambar kemalangan mengorbankannya yang ditunjukkan oleh Wan Said petang tadi. Amar terus terdiam kaku menggeletar di dalam bilik.

"Hoi Mar, aku tahu kau dekat dalam. Ni aku nampak selipar kau ada ni. Petang tadi aku tunggu kau dekat warung kenapa kau tak datang-datang?" kata 'Man Tebor' lagi.

Amar terus ketakutan, memang benar kata-kata orang-orang kampung tadi di warung. Man Tebor sudah lama meninggal dunia. Dalam pada itu Amar hairan kerana dia memang ada di warung petang tadi menunggu 'Man Tebor'. Benarlah kata orang syaitan memang sedaya upaya dengan pelbagai cara mahu menyesatkan manusia. Amar terus terdiam membisu di hujung katil. Peluh membasahi dahinya. Terketar-ketar tubuh Amar kesan daripada refleksi takut dan seram yang melampau. Setelah seketika menyembunyikan diri, motor itu berlalu pergi, meninggalkan deruman yang kuat dan sudah pasti meninggalkan trauma yang kuat pada Amar.

Tok! Tok! Tokk!!

Bunyi pintu dapur diketuk. Amar baru sahaja hendak menghela nafas panjang tiba-tiba diganggu pula dengan bunyi ketukan pintu tersebut. Jantungnya kembali berdegup kencang. Dia tidak tahu siapa yang berada di luar dapur ketika itu. Jangan yang di luarnya adalah arwah Man Tebor sudahlah. Amar memberanikan diri dan berjalan menuju ke pintu dapur.

"Siapa?" tanya Amar

"Akulah Mar, Wan Said. Aku bosan dekat rumah, tu yang aku jalan jumpa kau ni" Kata lelaki di luar dapur. Amar cuba mengintai dari celah tingkap. Memang betul di luar itu ialah Wan Said. Amar menjemput Wan Said ke beranda hadapan rumahnya. Mereka duduk berborak sampai ke tengah malam. Topik yang diboraknya sudah tentulah kedatangan arwah Man Tebor sebentar tadi. Wan Said menasihati Amar supaya berhati-hati ketika keseorangan, tidak semestinya malam yang tenang itu tiada puakanya, tambah Wan Said lagi sebelum meminta diri untuk pulang.

"Wan, dari tadi aku tengok seluar baju kau ni kenapa kotor semacam. Tak kan malam-malam pun berkebun , haha" Amar mengusik Wan Said setelah melihat seluar dan bajunya kotor dengan kesan tanah.

"Kan aku dah cakap yang aku bosan duduk rumah tadi. Tu yang aku berkebun sekejap, tanam-tanam pokok bunga dekat depan rumah aku tadi. Kau macam tak tahu pulak kan hobi aku ni suka bertanam. hehe" Balas Wan Said sebelum berjalan pulang. Wan Said memang terkenal dengan hobinya sukakan tanaman-tanaman lanskap di halaman rumahnya.

Esoknya Amar bangun dengan wajah yang runsing lagi. Kejadian berturut-turut yang dilaluinya malam tadi sangat meninggalkan kesan pada dirinya. Ibu bapanya berasa hairan melihat perwatakan anaknya yang kelihatan sedikit janggal itu. Pagi-pagi dia sudah keluar awal dan mengambil keputusan untuk bersiar-siar di kampung dengan menunggang motosikal bapanya. Amar sengaja melalui jalan yang jauh sedikit, dia mahu menenangkan diri pagi itu. Angin dingin pagi membaluti tubuhnya. Sewaktu sedang melepasi selekoh, tiba-tiba Amar ternampak satu sosok yang begitu dia kenali sedang duduk di tangga pondok kayu.

Man Tebor! Dia sedang duduk di tangga pondok kayu sambil memandang ke arah Amar. Mulut Man Tebor kelihatan seperti sedikit tersenyum. Amar terus cuak, di tengah jalan itu juga dia membuat pusingan U dan terus memecut laju tanpa memandang ke belakang lagi. Bagai seperti tidak cukup jalan Amar memecut laju. Hal ini memang benar-benar sudah semakin serius, sudah tiga kali dia berhadapan dengan arwah Man Tebor! Mengapa Amar juga yang dia cari. Motosikal dibrek kuat hingga menghasilkan bunyi dan kesan geseran yang panjang di tanah halaman rumahnya. Nafasnya sudah turun naik, peluhnya membasahi dahi.

"Amar! Kamu dah kenapa ni?" Bapanya terkejut

"Kenapa Ayah tak beritahu Amar yang Man Tebor dah meninggal dunia??" Kata Amar yang sudah terketar-ketar ketakutan

"Allah. Kamu ni sihat ke tak ni Mar? Sejak Bila pula Man Tebor tu meninggal? daripada siapa kamu dengar cerita mengarut ni Mar?" bapanya memberi reaksi wajah kehairanan

"Amar dengar daripada orang-orang dekat warung satay depan tu lah petang semalam. Pak Mokri, Wan Said, Wak Sukiman, Rahim Tejo, Pak Nasir dan Mansor. Mereka yang beritahu dekat Amar!" Kata Amar

"Allahuakbar, Amar! Warung satay tu mana ada lagi, sekarang dah diganti dengan warung baru dekat sebelah simpang tiga sana. Lagi satu orang-orang yang kamu sebut ni tadi dah lama meninggal dunia tahu? sudah 4 bulan yang lepas!" Bapa Amar memberi penjelasan

"Pak Mokri, Wan Said, Wak Sukiman, Rahim Tejo, Pak Nasir dan Mansor mereka semua sudah meninggal dunia dalam kemalangan bas sewaktu dalam perjalanan rombongan ke Kedah tempohari!" sambung bapa Amar lagi.

Amar terkedu. Reaksinya sudah bercampur baur ketika itu. Dia tidak tahu sama ada mahu ketawa, gembira, takut, ataupun gelisah. Amar menafikan perkara itu kepada bapanya. Dia berkeras mengatakan bahawa dia sendiri berjumpa dan berborak dengan orang-orang kampung itu di warung petang tadi. Malam tadi juga dia sempat duduk melepak di beranda rumah dengan Wan Said sampai ke tengah malam. Ibu dan bapa Amar terus memberikan reaksi muka kehairanan.

"Amar, kalau kamu tak percaya jugak apa yang ayah cakap ni, kamu pergilah ke warung yang kamu cakapkan tu. Tengok sendiri masih ada lagi ke tidak warung tu!" Bapa Amar mencadangkan sesuatu yang Amar sendiri rasa berdebar-debar untuk lakukan.

"Tapi gambar Man Tebor kemalangan tu.." Amar tidak sempat menyambung ayatnya

"Amar.. Ingatlah, syaitan akan sedaya upaya menghasut dan menyesatkan kita tidak kira masa dan cara sampailah hari Kiamat nanti. Apa yang kamu jumpa semalam hanyalah jelmaan mereka sahaja. Mereka akan buat apa sahaja supaya kamu percaya" Kata ibu Amar perlahan.

...............................................................

Petang itu Man Tebor membawa Amar ke warung satay tempat di mana dia berjumpa dengan 'orang-orang' kampung itu semalam. Amar terketar-ketar memandang warung berwarna biru yang sudah tinggal rangka dan hampir roboh itu. Semak samun sudah makin meliar di sekelilingnya, meja makan yang Amar duduk semalam sudah reput dan lapuk dimakan anai-anai. Daun-daun kering bersepah-sepah di lantai simen yang sudah pecah-pecah. Amar bagai tidak percaya apa yang dia lihat di hadapan matanya. Rupa-rupanya warung itu sudah lama terbiar sejak setahun yang lepas selepas pemiliknya, Pak Nasir juga turut terkorban di dalam kemalangan bas tersebut.

"Patutlah aku tunggu kau dekat Warung sebelah sana kau tak datang-datang. Rupa-rupanya kau lepak dekat sini ya Mar. Hehe." Man Tebor cuba mengusik Amar

"Dan patutlah malam tadi aku perasan baju dan seluar Wan Said compang camping dengan kesan kotoran tanah.." Kata Amar perlahan.

Man Tebor dan Amar pulang meninggalkan kawasan warung terbiar itu. Dari celah-celah dapur warung usang tersebut kelihatan 'Pak Nasir' sedang berdiri memandang dua orang rakan yang sudah jauh berlalu pergi itu.

Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/


Sudah hampir satu jam lamanya dia duduk termenung di sofa ruang tamu itu. Matanya melilau memandang ke siling melihat kipas yang sedang berpusing perlahan. Perlahan dan sayu. Petang itu cukup hening, hari itu seakan memahami dirinya yang dirundum kesedihan. Sesekali angin petang meniup-niup pipinya perlahan, mengeringkan air matanya yang sejak dari tadi mengalir jatuh ke pipi. Irfan masih tidak percaya apa yang terjadi ke atas dirinya itu. Hidupnya yang sebelum ini penuh berwarna-warni kini menjadi kelabu dan hitam. Gelap. Pahit, kelat dan bermacam-macam lagi yang harus dia telan.

Irfan membelek-belek gambar di telefon bimbitnya. Entah sudah berapa kali dia berbuat begitu untuk hari ini. Ditatap puas-puas wajah ayu berkulit mulus di skrin telefonnya. Air matanya jatuh berderai lagi. Irfan tahu yang dia akan mengalami sebak yang hebat apabila menatap wajah itu, namun dia tetap berdegil mahu menatapnya. Rindunya itu tidak terlepas. Seperti ditahan-tahan, kesannya sangat perit dan pedih. Selepas kejadian itu, Irfan banyak berseorangan. Hidupnya seperti terus berubah 360 darjah. Kadangkala dia terdengar seperti ada suatu suara halus yang menyuruhnya menyalahkan takdir, namun cepat dilupakannya supaya tidak terpesong iman dan akidah.

Dia berjalan menuju ke bilik dengan langkah yang lesu. Semangat-semangat yang dia miliki sudah mulai hilang, lesap di telan kesedihan. Irfan duduk di hujung katil, matanya sekali lagi melilau memerhati seluruh ruang biliknya. Diperhati gambar berbingkai yang diletakkan di atas meja, ayu sungguh wajahnya. Irfan mula membayangkan perkara yang manis-manis antara dia dan si cantik manis itu. Dia tersenyum seorang diri. Irfan membuka laci mejanya dan mengambil satu kotak kecil. Penutup kotak kecil itu dibuka perlahan dan mengambil cincin di dalamnya. Sekali lagi air matanya bergenang.

.....................................................

"Sayang, kalau lah kita ni boleh berhentikan waktu kan best. Sebab i tak nak masa ni habis, i nak you sentiasa ada depan mata i je" Kata Alia sambil menatap lama mata Irfan.

"Nanti kalau kita dah kahwin, hari-hari you boleh tatap wajah i ni puas-puas, sampai bosan. hehe" Balas irfan tersenyum, hatinya sentiasa girang apabila bersama dengan kesayangannya itu.

"Eh, you nak kahwin dengan i ke? hehee bestnya!" Alia ketawa kecil dan sambil menutup mukanya malu menampakkan lagi kecomelan yang ada pada dirinya. Dirinya kelihatan teruja.

Irfan turut tersenyum. Dia sebenarnya telah merancang satu kejutan untuk teman wanitanya itu esok. Esok harijadi Alia, jadi dia bercadang untuk melamarnya dengan memberi cincin yang baru dibelinya minggu lepas. Irfan tidak sabar ingin melihat reaksi Alia nanti. Irfan hanya sayang dan cinta Alia seorang, sejak dari Matrikulasi lagi mereka bercinta. Irfan hanya nampak Alia seorang yang dapat memenuhi dan melengkapi diri dia satu hari nanti. Perwatakan Alia yang lemah lembut dan ayu menarik perhatian Irfan pada awalnya. Alia sentiasa menyokong dan memberi dorongan yang kuat kepada Irfan setiap kali Irfan dalam kesedihan dan kesusahan. Baginya Alia sangat matang dalam perhubungan. Jika mereka ada perselisihan faham, mereka akan duduk berbincang secara baik. Semua masalah tidak di pendam, kerana pendam kelak akan jadi dendam.

Namun, kebahagiaan Irfan berakhir di petang itu. Sewaktu dalam perjalanan pulang, sebuah lori telah terbabas dan menhentam kuat sisi kiri kereta Irfan. Kereta melambung dan Alia telah terperosok ke hadapan dan tersepit di papan pemuka kereta yang hancur ranap. Nyawanya memang sudah tidak dapat diselamatkan lagi ketika itu. Irfan pula terselamat dan hanya mengalami luka-luka luar di kepala dan badan. Hatinya jatuh berderai melihat gadis kesayangannya itu dalam keadaan mengerikan. Wajah ayu yang sempat dia tatap sebentar tadi kini sudah berlumuran darah, tubuh genitnya tersepit dalam keadaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata lagi. Kulit yang putih mulus itu sudah dibasahi darah pekat. Irfan meraung menangis sekuat hati di sisi Alia yang sudah tidak bernyawa lagi. Alia meninggal dunia sebelum sempat dia meraikan hari jadinya.

.....................................................

Irfan merenung lama cincin yang ingin dia berikan kepada Alia pada hari jadinya itu. Namun semuanya sudah terlambat, Alia telah pergi terlebih dahulu sebelum sempat dia menyarungkan cincin tersebut. Dugaan ini amat hebat dan besar buat Irfan yang sudah menaruh harapan tinggi dan menanti kebahagiaan yang mutlak buat dirinya dan juga Alia. Tetapi Tuhan lebih Maha berkuasa dan Maha mengetahui. Irfan pasrah dan redha menangisi pemergian kekasih kesayangannya. Kejadian itu memberi impak yang mendalam kepada Irfan. Hidupnya kini terganggu, dia menderita setelah separuh nafasnya itu telah pergi buat selama-lamanya.

"Pan, takziah. Aku baru dapat tahu semalam, tu pun Mirul yang beritahu aku" Rakan serumahnya, Amar tiba-tiba datang menegur di pintu bilik.

"Eh, bila kau balik?" Irfan pantas menutup kembali laci yang menyimpan cincin itu.

"Aku baru sampai ni tadi. Kau okay?" Amar masuk ke bilik Irfan. Irfan hanya terdiam tidak menjawab pertanyaan Amar. Muka Irfan sugul.

"Sabar ya Pan, aku faham perasaan kau sekarang ni. Allah lebih sayangkan Alia. Sudah lah tu ya, yang pergi tetap akan pergi. Kau yang hidup ni kena teruskan hidup kau" Amar cuba menenangkan Irfan.

"Terima kasih Mar. Tak sangka Dia ambil Alia terlalu awal. Orang tua kau sihat?" Irfan berdiri bersandar merenung ke luar tingkap bilik.

"Orang tua aku sihat je, cuma aku je ni yang tak sihat. Mana tidaknya, hantu-hantu dekat kampung tu dah mengacau aku. Lahanat betul. Terus demam aku tiga hari" Jawab Amar sambil memerhati keadaan bilik Irfan yang tidak terurus.

"Kau ni ada-ada je la" Balas irfan pendek.

"Iya Pan betul, aku tak tipu. Aku kena sakat dek hantu dekat warung kampung aku tu. Eh, jom lah pergi minum. Nanti aku cerita pasal hal aku kena ganggu hantu orang kampung ni" Amar cuba mengajak Irfan menenangkan fikiran.

Irfan hanya duduk membatu di hadapan maggi goreng dan teh o' nya, manakala Amar sibuk rancak bercerita perihal dirinya yang diganggu puaka kampungnya. Irfan seperti tidak berminat dan tidak begitu mengambil perhatian terhadap apa yang Amar cerita. Maggi goreng hanya dijamah sedikit, Irfan nampak tidak berselera. Mungkin masih menangisi pemergian Alia. Dia berterima kasih kepada rakan-rakannya yang menyokong dan tidak putus-putus memberi kata-kata semangat kepadanya. Hanya rakan-rakannya sahaja tahu betapa akrabnya hubungan dia dan Alia, betapa manisnya hubungan mereka.

"Yang menjadi persoalannya Pan, teh ais apa yang aku minum di warung berhantu tu masa tu?" Amar bersemangat bercerita

"Muhd Irfan. Kau dengar ke tak aku cerita ni?" Amar cuba mendapatkan perhatian rakannya yang seperti sedang berkhayal. Irfan hanya memerhati budak perempuan yang berada selang daripada dua meja mereka. Mukanya iras-iras Alia. Halusinasi iwan sampai ke situ. Sampai wajah budak perempuan itu pun dibayangkan Alia. Parah.

............................................................

Irfan mengeluarkan fail, kertas-kertas, dan buku-buku daripada beg sandangnya. Esok dia dan Irfan akan melalui satu hari penting dalam hidup mereka, iaitu perbentangan tesis yang selama satu semester mereka usahakan. Sedang Irfan mengeluarkan bahan-bahan untuk perbentangan esok, dia terjumpa satu buku kecil di dalam begnya. Dia membuka dan membaca helaian-helaian di dalam buku kecil tersebut. Terketar-ketar Irfan membaca satu demi satu perkataan yang bertulis tangan di dalam buku itu. Buku diari Alia!

Irfan hairan bagaimana diari Alia itu boleh berada di dalam begnya. Dia duduk bersandar di penjuru bilik sambil membaca diari tersebut. Matanya menahan sebak, air mata kembali berlinangan di pipi Irfan ketika itu. Dia membayangkan yang Alia masih hidup lagi, Irfan dapat merasakan kehadiran Alia malam itu. Berbagai kata-kata manis dan indah ditulis Alia buat kekasih hatinya itu. Alia dilihat sangat teruja dengan cinta yang Irfan beri kepadanya. Boleh dikatakan semuanya tentang diri Irfan dan keindahan hubungan mereka berdua. Dia tersenyum dalam bergenang air mata. Pembacaan Irfan sudah hampir sampai ke pertengahan diari..

24 Julai 2015, Khamis

Hati siapa yang tidak berbunga bila setiap pagi mendapat pesanan teks selamat pagi daripada kekasih tersayang. Irfan, hanya kau seorang di hati aku sekarang ini, aku cuma mahu kau tahu yang aku benar-benar bahagia memperoleh lelaki seperti kau. Aku cinta kau lebih daripada apa yang kau tahu Irfan. Sudah lebih kurang 7 tahun kita bersama namun aku masih rasa manisnya seperti kita baru bercinta semalam. Aku tak pernah bosan menatap wajah irfan yang aku sayangi dan aku tak pernah berasa bosan bila berada di sisinya. Irfan, kau pandai mengambil hati aku, berdebar jantung ini dan tersipu-sipu aku bila kau selalu bercerita soal rumahtangga dan tanggungjawab bila sudah berkeluarga. I can feel your husbandhood. Sama-sama kita usaha ke arah itu ya sayang.

25 Julai 2015, Jumaat

Aku tak tahu mengapa sejak akhir-akhir ini aku sangat merindui Irfan. Jika ditanya banyak mana aku mencintai dia sudah tentu tidak dapat aku jelaskan dengan kata-kata. Terlalu banyak. Irfan pandai membahagiakanku, dia juga pandai memujukku dengan jenaka-jenakanya yang kadang kala memang menghiburkan hati aku. Aku tidak meminta banyak daripadanya, cukuplah ada di sisi aku setiap masa. Cukuplah dengan kasih sayangnya yang sungguh-sungguh itu. Memandang wajahnya membuatkan aku senang hati. Oleh kerana rindu yang melampau, sebentar tadi aku baru mengajaknya berjumpa, kami akan berjumpa di tempat biasa pada petang nanti di kafe bersebelahan taman rekreasi.

"Pan! Kau dekat mana tu, meh la sini tengok tv. Aku ada bawak kerepek dari kampung ni. Sedap woi." Suara Amar dari ruang tamu menganggu bacaannya. Irfan langsung tidak mempedulikan ajakan Amar. Matanya kembali ke diari milik Alia. Dia termenung sendirian melihat tarikh dan catatan diari yang terakhir itu sebelum Alia meninggal dunia. Tetapi berlaku sesuatu yang sangat memeranjatkan Irfan. Pada helaian sebelah terdapat sambungan lagi catatan diari bertarikh 26 Julai 2015 dengan tulisan tangan Alia! Tarikh kematian Alia! Bahkan terdapat susulan lagi catatan hari-hari selepas itu.

26 Julai 2015, Sabtu
Aku berasa sangat sejuk dan sunyi di sini.. Tolong aku.

27 Julai 2015, Ahad
Tolong .. keadaan di sini sungguh gelap dan sejuk. Aku menjerit kuat sehingga terkeluar tulang-temulangku

28 Julai 2015, Isnin
Aku tak dapat merasakan jasadku lagi. Gelap. Sunyi. Yang aku dengar hanyalah tangisan suara penderitaan daripada diri aku sendiri.

29 Julai 2015, Selasa
Sejuk, gelap dan derita. Aku mula teringatkan seseorang. Irfan. di mana engkau ..

Irfan menggeletar, perasaannya yang sedih tadi bertukar kepada seram apabila membaca namanya disebut oleh ‘Alia’ di dalam itu. Memang dia amat rindukan Alia. Dirinya seakan-akan separa sedar di alam realiti dan alam ghaib. Irfan mula berhalusinasi dalam pada masa yang sama dia ketakutan. Irfan terus membaca catatan yang tertulis di diari itu lagi. Mukanya kelihatan berpeluh-peluh walaupun suasana pada malam itu sejuk. Irfan terlihat catatan yang bertarikh 30 Julai, iaitu tarikh hari ini!

30 Julai 2015 – Rabu

Aku tahu kau sedang membaca diari aku ini Irfan. Walaupun aku sudah tiada lagi di dunia, namun aku masih teringatkan dirimu. Jangan risau dan jangan takut. Aku hanya ingin berjumpa dengan engkau. Aku terlalu rindu untuk menatap wajah kekasih hati ku ini. Aku terlalu sunyi di sini. Marilah, bangun dan keluarlah dari bilikmu itu dan berjumpa dengan aku di tingkat 5 sekarang ini. Aku ada di hujung koridor..

Irfan tergamam tidak terkata apa. Matanya terpaku memandang ayat "aku di tingkat 5 sekarang ini. Aku ada di hujung koridor". Dirinya kusut dan serabut memikirkan bai-bait perkataan tersebut. Cinta itu buta, rindu yang hebat tidak dapat dikawal lagi. Ketika itu minda Irfan sudah tidak dapat berfikir dengan waras. Hasutan syaitan tergiang-ngiang di kedua-dua belah telinga Irfan. Dia juga terdengar seperti suara Alia sedang memanggilnya sayup-sayup. Irfan sudah berhalusinasi teruk. Dirinya tidak dapat dikawal lagi, dia bangun dan berjalan tegak keluar dari biliknya sambil memegang diari tersebut. Pada masa itu bahagian putih matanya tidak kelihatan lagi, matanya menjadi hitam pekat. Irfan terbeliak sambil berjalan keluar rumah.

Amar yang sedang asyik menonton televisyen terkejut melihat Irfan berjalan menonong ke luar rumah. Fikirnya Irfan hanya mahu mengambil angin dan menenangkan diri pada malam itu. Amar memanggil Irfan namun langsung tidak diendahkan Irfan. Kini Irfan sedang berjalan menaiki anak tangga rumah flatnya satu persatu. Dia berjalan menonong sambil memegang diari itu. Pada masa itu Irfan seperti sudah dirasuk oleh kuasa syaitan, tidak dapat dipastikan sama ada dirinya sedar atau tidak ketika itu.

Irfan menaiki anak tangga yang terakhir untuk menuju ke tingat 5, lalu terlihatlah akan dia akan suatu sosok tubuh genit yang sangat dikenalinya dahulu berdiri tegak di hujung koridor. Alia! Alia yang memakai gaun putih melambai-lambaikan tangannya dari jauh kepada Irfan. Irfan pada masa itu sudah tidak dapat membezakan mana yang realiti dan mana yang fantasi. Dia mengambil keputusan untuk berjalan terus menuju ke arah 'Alia' bagi mendapatkannya. 'Alia' daripada jauh hanya tersenyum memerhati Irfan yang sedang berjalan laju menuju ke arahnya. Sesekali sinaran rembulan menampakkan wajah 'Alia' yang sangat putih dan pucat. Matanya juga seperti mata Irfan. Hitam tidak menampakkan biji mata.

Irfan pada masa itu perasan bahawa semakin dia berlari mendapatkan 'Alia' semakin jauh 'Alia' daripadanya. Irfan tetap berusaha mendapatkan 'Alia', dia sudah sampai di penghujung koridor namun ketika itu tidak semena-mena 'Alia' terbang terawang-awangan di ruang udara. Irfan tidak sedar yang dia sudah sampai ke penghabisan koridor. Dia berlari laju dan badannya terlanggar tembok penghadang dan terhumban ke hadapan. Buku diari itu terlepas daripada pegangan. Irfan terjatuh dari tingkat 5 dan terhempas kuat ke bawah.

.............................................................

"Saya Supritendan Razak, kami di sini meminta awak bagi kerjasama dan memberi keterangan kepada kami pihak polis berkaitan kejadian ini. Supaya dapat melancarkan lagi perjalanan kami dalam menyiasat kejadian ini" Amar hanya membungkam diam, mungkin masih terkejut dengan pemergian Irfan.

"Waktu itu saya tengah menonton tv sambil makan kerepek, tidak lama selepas itu Irfan keluar berjalan menonong keluar rumah. Dia tidak beritahu saya yang dia hendak ke mana. dalam sepuluh minit selepas itu tiba-tiba saya terdengar bunyi benda terhempas kuat. Sedar-sedar je saya lihat Irfan sudah di atas simen gelanggang badminton tu dengan berlumuran darah. Oh ya, saya perasan yang semasa dia berjalan tu dia ada membawa sebuah buku. Saya tak pasti pula buku apa" Amar memberi penjelasan lanjut.

"Baik terima kasih. Zani, Kamal, Mustafa, kamu semua periksa tempat kejadian, cari dan dapatkan buku yang budak ini cakapkan" Supritendan Razak memberi arahan.

Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/

Newer Posts Older Posts Home