Blogger Template by Blogcrowds.


Beberapa tahun yang lalu, saya bekerja di South Korea sebagai guru bahasa Inggeris. Saya tinggal di sebuah apartment dan berkongsi dengan dua orang gadis korea iaitu Mi Sun dan Hwa Young. Pada satu malam, kami pergi 'clubbing' untuk melepaskan 'tension'.

Kami minum dan menari berjam-jam lamanya. Bila hari sudah terlalu lewat, kami pun bercadang untuk pulang menaiki teksi.

Semasa kami berada di perhentian bas, saya menahan sebuah teksi kuning.
Mi Sun dan Hwa Young duduk di kerusi belakang dan saya duduk di hadapan.

Pemandu teksi itu agak berumur. Dia fasih berbahasa Inggeris dan suka membuat lawak. Saya tidak dapat menahan ketawa apabila mendengar lawaknya. Namun Mi Sun dan Hwa Young hanya berdiam sahaja.

Bila saya memandang belakang, muka mereka agak pucat.

"Kenapa ni? Kenapa korang diam je? saya bertanya kepada mereka.

Mereka tidak menjawab dan hanya duduk tegak sambil mata memandang terus kehadapan.

Tiba-tiba Hwa Young berkata sesuatu kepada pemandu teksi dalam bahasa Korea. Pemandu teksi itu berhenti di tepi jalan dan kedua gadis korea itu keluar daripada teksi kuning itu.

Saya terkejut sebab kami belum sampai ke apartment lagi. Saya membayar tambang teksi dan terus mengejar mereka berdua.

"Kenapa kamu semua ni? Kita belum sampai rumah lagi" saya bertanya kepada mereka berdua.

Muka mereka nampak begitu pucat sekali.

"Kita kena telefon polis" kata Hwa Young sambil mengigil.

"Awak tak dengar ke? kata Mi Sun.

"Dengar apa?"

"Ada suara di bonet belakang teksi kuning tu. Suara perempuan menjerit minta tolong...."

Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home