Ini pula kisah seram yang terjadi lebih kurang 5 tahun lepas sewaktu saya sedang aktif dalam band. Waktu itu pada hujung minggu pasti kami akan membuat persembahan di gig paling tidak dua kali sebulan. Jadi nak dijadikan cerita, pada malam itu saya seperti biasa akan mengajak bandmates yang lain untuk berlatih di sebuah studio jamming di area pekan kami. Memang studio itu sahajalah yang kami biasa pergi dan semua warga-warga di dalamnya sudah kami kenal sangat. Band saya terdiri daripada 4 orang ahli termasuk saya. Kami pergi secara berasingan, saya pergi berdua dengan salah seorang ahli kumpulan. Manakala yang berdua lagi pergi berasingan juga.
Studio itu terletak di tingkat tiga sebuah bangunan lot. Sesampainya di situ kami berdua terdengar bunyi dram berdentam dentum dari atas. Dalam anggapan kami mungkin bandmates kami yang lagi dua orang itu sudah sampai. Tetapi saya dan seorang lagi rakan agak berasa hairan ketika itu kerana lampu studio tidak terpasang. Dari tingkap kelihatan gelap gelita, pintu gril bawah pula berkunci. Saya terus menelefon bandmates yang berdua itu. Mereka kata mereka baru sedang dalam perjalanan. Ketika itu bunyi dram masih lagi kedengaran. Oleh sebab tidak puas hati saya menelefon juga pemilik studio jamming itu. Jawapannya agak mengejutkan. "Sorry, studio tak buka malam ni, aku ada event kat luar, diorang sewa semua barang-barang studio, jadi aku dengan budak-budak aku sekarang tengah jaga la ni dekat event".
Hantu juga mahu rock? hmm.. Sebenarnya banyak juga kejadian menyeramkan yang berlaku di dalam studio jamming ini, mungkin boleh di adakan kompilasi lain.
Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/
Comments