Skip to main content

Malay Creepypasta: Bas Pelancong


Pada 5 tahun yang lalu, terdapat satu kemalangan ngeri yang berlaku melibatkan sebuah bas pelancong. Bas itu terbabas ketika menuruni satu selekoh yang tajam. Sebelum kejadian berlaku, dipercayai ketika itu waktu malam dan hujan lebat. Bas itu membawa sebilangan pelancong asing yang sedang tidur. Ketika bas itu menuruni satu selekoh tajam, breknya tidak berfungsi dan mengakibatkan bas itu laju dan tidak terkawal.

Sehingga sampai ke selekoh, bas itu terbabas dan kesemua penumpang maut serta merta di tempat kejadian. Ada mayat yang putus anggota badan, ada mayat yang tidak dijumpai dipercayai dimakan oleh binatang buas dan ada yang mati rentung. Kemalangan itu mengemparkan negara kerana melibatkan pelancong asing dan dikatakan kawasan kemalang itu berhantu.

..........................................

Sofia masih lagi menyiapkan kerja pejabatnya. Jam hampir menunjukkan pukul 10 malam. Sofia melihat jam dan cepat-cepat berkemas. Dia tahu bas mini akan tamat beroperasi pada jam 10.30 malam. Setelah Sofia kunci pintu pejabatnya, dia turun dari bangunan dan berjalan ke perhentian bas. Sofia kelihatan sangat letih kerana hampir setiap malam dia pulang lambat.

Setelah hampir 15 minit menunggu, bas mini masih tidak muncul. Sofia agak risau sekiranya bas tidak datang kerana rumahnya agak jauh dan mahu mengelak dari mengambil teksi. Dia ingin tunggu seketika lagi namun masih tiada bayang bas muncul. Sofia agak menyesal kerana keluar lambat dari pejabat.

Jam hampir menunjukkan pukul 11 malam dan masih tiada bas dan teksi berhenti di perhentian bas itu. Sofia semakin terdesak. Dia membelek-belek beg tangannya untuk mengambil handphone. Dia mendial nombor abangnya.

"Abang, boleh amik adik tak? Bas tak adalah malam ni." pinta Sofia

"Kenapa adik baru nak balik, dah lewat malam ni. Abang jumpa kawan kejab."

"Alah abang tolonglah. Takkan nak adik balik jalan kaki."

"Adik tunggu la kejab, kadang-kadang bas lambat sampai."

"Dah pukul 11 malam mana ada bas lagi bang! Tolong la adik ni." rungut Sofia

"Ok ok tapi tunggu dalam setengah jam boleh? Abang ada benda nak settle ni"

"Lamanya!"

Semasa Sofia sedang menelefon, ada cahaya memancar ke arahnya. Sebuah bas baru berhenti di perhentian itu.

"Ah kejab abang, bas dah sampai. Tapi ni bukan bas mini"

"Bas tu tulis pergi mana?" Tanya abang Sofia.

"Dia tulis pergi Gombak."

"Hah adik naik bas itu, dia lalu dekat rumah juga."

"Betul ke ni bang?"

"Naik je. Kadang-kadang ada bas lain buat overtime. Macam adik jugalah suka kerja sampai malam."

"Ish perli kita pula. Dah lah adik nak naik. Bye!"

Sofia meletakkan handphonenya. Dia naik bas itu dan keluarkan dompetnya untuk membayar tambang.

"Berapa ye pakcik?" tanya Sofia kepada pemandu bas.

Pemandu bas itu diam sahaja. Wajahnya kelihat agak berumur. Dia menunjukkan isyarat duduk kepada Sofia. Sofia hairan. Dia ingat mungkin tambang percuma ketika lewat malam. Sofia toleh dan berjalan ke tempat duduk belakang. Sofia memang gemar ambil tempat duduk di belakang. Ketika itu dia lihat ada beberapa penumpang sedang tidur. Sofia melihat penumpang itu seperti pelancong asing. Sofia terus duduk tanpa menghiraukan mereka.

Bas mula bergerak. Sofia memasang earphone dan mendengar lagu kegemarannya. Tiba-tiba dia disapa oleh sesorang.

"Adik mahu ke mana?" tanya pemuda seperti penjual tiket.

"Saya nak ke Selayang." balas Sofia

"50 sen sahaja."

Sofia mengeluarkan duitnya dan membayar kepada penjual tiket itu. Sofia memasang kembali lagu di handphonenya dan merenung ke tingkap. Setelah beberapa kilometer, Sofia perasaan yang tiada satu pun penumpang di dalam bas itu turun. Sudah beberapa perhentian bas telah dilalui namun bas tidak juga berhenti. Sofia toleh ke depan dan melihat semua penumpang sedang tidur. Sofia hairan adakah mereka lupa untuk turun.

Sofia toleh ke luar tingkap dan melihat bas berjalan hampir ke kawasan rumahnya. Sofia menekankan loceng untuk bas berhenti. Namun bas masih berjalan lagi. Sofia tekan lagi loceng namun tiada respon dari pemandu bas. Sofia mula risau dan berjalan ke tempat pemandu.

"Encik, boleh turunkan saya di sini? tegas Sofia.

Pemandu itu diam sahaja.

"Encik! saya dah mahu turun. Sila berhentikan bas encik!" jerit Sofia.

Pemandu itu terus memandu tanpa menghiraukan Sofia. Sofia berasa geram dan terus bertanya kepada penjual tiket tadi.

"Awak, kenapa bas tak mahu berhenti?" tanya Sofia

"Adik mahu turun ke?"

"Ya saya mahu turun! Rumah saya sudah dekat. Tolong berhentikan bas ni!"

"Tapi kita belum sampai lagi adik."

"Sampai? Sampai mana?"

Penjual tiket itu terus diam sambil senyum sinis kepada Sofia. Sofia terus bingung melihat keadaan ini. Bas mula berjalan laju. Sofia makin risau sebab rumahnya semakin jauh. Sofia menjerit kepada pemandu bas untuk berhenti namun tiada siapa menghiraukannya. Semua penumpang masih tidur seperti tiada apa yang berlaku.

Sofia berasa geram dan melihat handbrake di tempat duduk pemandu itu. Sofia tiada pilihan dan perlu lakukan sesuatu. Dia risau dia akan diculik. Sofia berlari ke tempat pemandu dan menarik handbrake bas itu. Bas terus berhenti serta merta sehingga Sofia terjatuh. Kepala Sofia agak pening kesan dari jatuhan itu. Dia bangun dan melihat semua orang masih di tempat masing-masing. Penumpang juga masih tidur seperti tiada apa berlaku.

Sofia betul-betul bingung. Sofia terus tekan butang pintu dan pintu terbuka. Sofia cepat-cepat keluar dari bas dan turun di tepi jalan. Tiada siapa yang menghalangnya. Bila sahaja Sofia menjejak kaki ke tanah, dia toleh ke belakang. Alangkah terkejutnya dia melihat bas yang dia naiki itu sudah usang.

Sebelum ini bas yang dia naik itu kelihatan baru lagi. Sofia terus mengigil. Bas itu mula berjalan semula. Sofia melihat bas itu berjalan perlahan-lahan di depannya. Sofia seperti terkena kejutan elektrik dan badannya berdiri kaku. Dia tidak percaya apa yang dia lihat di depan matanya.

Sofia melihat semua penumpang sedang melihat dia dari dalam bas. Namun penumpang itu hanya tinggal tengkorak sahaja. Mereka memandang Sofia dengan mata yang merah. Bas itu terus berlalu pergi dan lesap dari pandangan Sofia.

Sofia terduduk dan mengigil satu badan. Dia tidak tahu apa nasibnya jika dia terus berada di dalam bas itu.

Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/

Comments

Popular posts from this blog

A Wish Come True (A Short Story)

I woke up with a start when I found myself in a very unfamiliar place. The bed I was lying on was grand—an English-quilting blanket and 2 soft pillows with flowery laces. The whole place was fit for a king! Suddenly the door opened and there stood my dream prince: Katsuya Kimura! I gasped in astonishment for he was actually a cartoon character. I did not know that he really exist. “Wake up, dear,” he said and pulled off the blanket and handed it to a woman who looked like the maid. “You will be late for work.” “Work?” I asked. “Yes! Work! Have you forgotten your own comic workhouse, baby dear?” Comic workhouse?! I…I have became a cartoonist? That was my wildest dreams! Being a cartoonist! I undressed and changed into my beige T-shirt and black trousers at once and hurriedly finished my breakfast. Katsuya drove me to the workhouse. My, my, was it big! I’ve never seen a bigger place than this! Katsuya kissed me and said, “See you at four, OK, baby?” I blushed scarlet. I always wan

Hans and Hilda

Once upon a time there was an old miller who had two children who were twins. The boy-twin was named Hans, and he was very greedy. The girl-twin was named Hilda, and she was very lazy. Hans and Hilda had no mother, because she died whilst giving birth to their third sibling, named Engel, who had been sent away to live wtih the gypsies. Hans and Hilda were never allowed out of the mill, even when the miller went away to the market. One day, Hans was especially greedy and Hilda was especially lazy, and the old miller wept with anger as he locked them in the cellar, to teach them to be good. "Let us try to escape and live with the gypsies," said Hans, and Hilda agreed. While they were looking for a way out, a Big Brown Rat came out from behind the log pile. "I will help you escape and show you the way to the gypsies' campl," said the Big Brown Rat, "if you bring me all your father's grain." So Hans and Hilda waited until their father let them out,

I've Learned...

Written by Andy Rooney, a man who had the gift of saying so much with so few words. Rooney used to be on 60 Minutes TV show. I've learned.... That the best classroom in the world is at the feet of an elderly person. I've learned.... That when you're in love, it shows. I've learned .... That just one person saying to me, 'You've made my day!' makes my day. I've learned.... That having a child fall asleep in your arms is one of the most peaceful feelings in the world. I've learned.... That being kind is more important than being right. I've learned.... That you should never say no to a gift from a child. I've learned.... That I can always pray for someone when I don't have the strength to help him in any other way. I've learned.... That no matter how serious your life requires you to be, everyone needs a friend to act goofy with. I've learned.... That sometimes all a person needs is a hand to hold and a heart to understand. I'