Skip to main content

Malay Creepypasta: Banglo Misteri Tanjung Cempaka


Suasana di blok Hostel Kemboja yang menempatkan pelajar-pelajar perempuan sungguh damai sekali pada petang itu. Ditambah pula dengan cuaca yang sedang-sedang elok dan tenang. Minggu itu merupakan minggu 'study week' yang mana memberi peluang kepada para pelajar untuk membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan akhir semester. Ada juga pelajar-pelajar mengambil kesempatan seminggu itu untuk pulang ke kampung, dan ada juga yang memilih untuk tidak balik bagi mengulang kaji pelajaran bersama-sama dengan rakan sekolej. Dari hujung koridor kelihatan dua orang pelajar perempuan sedang berbual-bual di hadapan pintu bilik. Salah seorang daripadanya sedang memegang sebuah buku.

"Weh Liya, macam mana dengan rancangan selepas exam kita tu, jadi ke tidak?" Anis cuba mengalih ke topik yang lebih menarik

"eh jadi lah, tapi tempat pun kita tak buat keputusan lagi, macam mana?" Liya mengerutkan dahinya

"Ala, kita bincang lagi lah nanti. Ha malam ni kita bincang, kan nak buat 'study group'." Sambung Anis lagi

"Ok jugak tu. Kali ni bincang betul-betul ya, tak nak main-main lagi. Jangan nanti dah habis exam baru nak fikir. Aku, Farah, Zeti, dan kau kena bagi idea yang relevan ke mana tempat kita nak bercuti nanti." Liya tegas menjawab

"Ya la, ok jumpa korang malam ni dekat pondok depan kafe tu ya. Buku Finance ni aku pinjam dulu tau Liya" Anis pergi untuk balik ke bliknya sambil melambaikan tangannya kepada Liya.

Liya, Anis, Zeti dan Farah merupakan rakan sekelas dari semester 1 hingga kini semester 4. Mereka berempat amat akrab, tidak sah jika di kuliah atau di mana-mana ternampak mereka berpisah, pasti akan bersama berempat. Mereka merancang selepas selesai sahaja peperiksaan akhir nanti, mereka akan pergi berjalan-jalan dahulu sebelum pulang ke rumah untuk bercuti panjang. Rancangan utama mereka adalah untuk bercamping, tetapi sehingga ke saat ini belum ada lagi kata putus untuk bercamping di mana. Hari pun beransur senja.

...............................................

Sudah menjadi adat belajar berkumpulan, jika mahu dikira mengikut matematik dan peratus, hanya 40% diperuntukkan untuk belajar manakala 60% lagi digunakan untuk berborak sambil makan kuaci ataupun kacang. Oh ya, malam ini ada sesuatu yang perlu mereka bincangkan sebelum menjelang cuti semester, iaitu ke manakah destinasi percutian mereka nanti.

"Aku rasa kalau nak bercamping tu aku tak setuju sikitlah. Ye lah, bahaya. Kita kan perempuan. Nanti kalau jadi apa-apa macam mana waktu kita tidur dalam khemah tu?" Zeti seakan tidak bersetuju dengan acara utama mereka itu.

"Hm, aku pun rasa macam tu. Ha, tak apa. Apa kata kita bermalam di challet sahaja? lebih selamat dan kondusif bukan?" Anis seakan berbangga dengan idea bernasnya itu.

"Bagus jugak idea tu. Apa kata kita bermalam di challet Tanjung Cempaka? Tak jauh pun dari sini, dua jam sahaja. Dekat situ tempat dia cantik, tenang, dan damai tau. Betul-betul dekat dengan sungai. Kalau kita nak buat bbq pun dah ada disediakan. Aku pernah pergi dulu dengan keluarga aku." Jelas Fara.

"Ok, bagus cantik! So we'll stick to that plan." Liya sebagai pengerusi tidak langsung menutup perbincangan percutian mereka malam itu. Jadi kata putus sudah ada, dalam beberapa hari lagi mereka semua akan bercuti di Tanjung Cempaka. Masing-masing sudah teruja.

Sebelum tidur malam itu tiba-tiba Liya teringat akan nama tempat yang mereka akan pergi nanti. Tanjung Cempaka. Bukankah sungai di tempat itu telah mengorbankan banyak nyawa suatu ketika dahulu? Ramai orang mati kerana lemas di sungai itu. Perkara itu tiba-tiba tercetus di fikiran Liya. Dia menoleh ke arah Zeti yang masih menelaah buku di atas meja belajar. Liya terus menanyakan soalan yang bermain di kepalanya itu kepada Zeti. Zeti tidak tahu akan perihal ramai yang mati lemas di situ, dia menasihati Liya supaya jangan difikirkan sangat kerana mereka ke situ bukan hendak bermandi-manda sangat pun. Hanya untuk melepaskan tekanan sempena habisnya peperiksaan akhir. Menikmati masa bersama sambil menikmati alam semulajadi ujarnya lagi.

...........................................................

(Seminggu selepas itu)

Selepas habis sahaja peperiksaan akhir, malam itu mereka semua bersiap-siap dan berkemas untuk bertolak ke Tanjung Cempaka. Masing-masing sudah tidak sabar untuk berseronok, bercuti dan melepaskan tekanan di sana. Semua perkara keperluan telah diselesaikan, dari barang makanan sehinggalah ke kereta sewa, semua telah selesai di uruskan oleh mereka berempat. Jadi esok pagi-pagi mereka tinggal bertolak sahaja. Zeti, Anis, Liya dan Fara tidur awal malam itu supaya tidak bangun lewat esok paginya. Mereka berempat sudah berbincang siapa yang ditugaskan untuk memandu. Memandangkan hanya Liya dan Zeti yang mempunyai lesen memandu jadi mereka berdualah yang akan bergilir-gilir memandu. Malam itu sebelum tidur masing-masing sudah terbayang-bayangkan perasaan seronok di sana.

Esoknya tepat jam 8 pagi mereka berempat sudah berkumpul di tapak parkir kereta di bawah hostel. Setelah memastikan semuanya cukup dan lengkap, enjin kereta Persona di hidupkan, tombol gear ditolak ke huruf D, kereta maju ke hadapan bergerak meninggalkan kawasan hostel mereka. Perjalanan itu mengambil masa 2 jam. Untuk permulaan ini Liya yang memandu dahulu. Kereta memecut laju membelah lebuhraya.

"Woi, tidur ke?!" Mata Liya mengerling ke arah cermin pandang belakang, melihat Fara dan Anis yang sudah terlena. Awal tadi mereka berdualah yang paling teruja.

"Eh, tak adalah. Aku saja pejamkan mata, silau lah cahaya matahari tu" Fara mencebik muka sambil memberi jawapan sarkastik. Manakala Anis sudah lama ke alam mimpi.

"Fara, tempat yang kita nak pergi ni pernah ramai orang mati sebab lemas kan?" Liya memecah kesunyian

"Alah, tu kan cerita lama dah. Kenapa, kau takut ke? Sungai yang ramai mati lemas tu memanglah sama kawasan dengan tempat kita nak bermalam ni, tapi tempat kejadian tu dekat kawasan sungai yang hujung sikit daripada challet kita tinggal ni. Jangan risaulah." Fara menjelaskan kepada mereka semua.

....................................................

Akhirnya destinasi yang dituju pun tiba. Penat dalam perjalanan selama dua jam terus hilang apabila melihat keindahan ciptaan tuhan yang terbentang luas di hadapan mereka itu. Bunyi unggas bersahut-sahutan, bunyi air sungai jernih yang mengalir, bunyi angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, dan panorama kehijauan alam semulajadi. Mana hendak dapat semua ini di bandar? Mereka berempat mengambil masa beberapa minit tercegat menghayati permandangan yang sungguh mengasyikkan itu. Liya berjalan kehadapan lalu duduk untuk mencapai air sungai, rasanya sungguh sejuk sekali. Liya tersenyum seorang, tenang jiwanya.

"Liyaa! Sini lah. Tak nak masuk ke?" Anis memanggil Liya dari jauh sambil menunjukkan kunci padanya. Kunci challet. Liya tidak sedar yang sudah sepuluh minit dia terpegun di hadapan sungai, kawan-kawannya ke lobi dan mendapatkan kunci challet pun dia tidak sedar.

Zeti, Anis, Fara dan Liya kemudiannya berehat di dalam challet yang serba cantik itu, mereka semua teruja. Masing-masing berharap semoga percutian kali ini memberi kenangan yang tidak boleh mereka lupakan. Binaan challet itu dibuat daripada kayu jati, mempunyai 3 bilik dan terdapat beranda kecil di hadapannya. Tergantung di atas beranda itu bunga-bunga orkid yang memang cukup kena dengan reka bentuk tradisional rumah challet itu. Sebelum naik ke challet , Anis menjenguk-jenguk ke bawah beranda itu lalu membuatkan kawan-kawannya yang lain kehairanan.

"Tak.. Aku cuma nak pastikan je ada tak hantu raya dekat bawah beranda ni." Anis memberi jawapan spontan membuat rakan-rakannya yang lain berkerut dahi.

"Hoi, mulut kau tu baik-baik sikit boleh? Kita dekat hutan tau ni sekarang. Tu lah banyak sangat baca cerita-cerita hantu mengarut dekat facebook tu. Sampai terpengaruh!" Fara memarahi Anis.

"Eh sudah lah tu. Kita datang sini nak hilangkan stress dan berseronok-seronok kan. Janganlah gaduh-gaduh. Sekarang ni kita berehat dulu, kemudian petang nanti kita keluar jalan-jalan sambil siapkan makanan untuk bbq." Liya memaparkan sikap tenang dan matang di situ. Rakannya yang lain mengangguk.

Petang itu mereka menghabiskan masa dengan berjalan-jalan melihat dan menikmati permandangan sekitar. Ada satu jalan kecil di tepi sungai yang dikhaskan untuk pelawat dan orang ramai berjalan. Jalan itu menuju terus ke bahagian hujung kawasan challet di mana di kiri mereka ialah sungai manakala di kanan pula adalah kawasan rumput yang menghijau dan juga hutan. Semasa mereka bersiar-siar ada juga ternampak dua kumpulan pelawat namun tidak ramai lebih kurang dalam 8 orang begitu. Mungkin hari yang percutian yang Liya, Zeti, Anis dan Fara pilih ialah hari biasa bukan hari minggu.

Sedang asyik berjalan mereka ternampak sebuah rumah di lereng bukit tidak jauh daripada kawasan mereka berjalan. Rumah batu itu mempunyai seni bina seperti rumah banglo lama, dindingnya berwarna putih ditambah dengan rona kelabu. Walaupun rumah itu masih elok dan lengkap namun keadaan rumah itu seperti seakan sudah terbiar. Ini dapat dipastikan oleh kehadiran lalang dan rumput yang sudah liar menumbuhi halaman rumah tersebut. Mereka tidak memikirkan sangat akan kewujudan rumah tersebut lalu terus meneruskan perjalanan bagi menikmati lagi permandangan indah di situ.

...............................................

"Kan best kalau kita dapat selalu berkelah macam ni kan" Kata Fara sambil menikmati jagung bakar. Rakan-rakannya yang lain hanya turut tersenyum.

"Kalau selalu sangat nanti bosan pulak. Benda-benda macam ni kena sekali sekala je baru seronok." Liya ketawa kecil.

Mereka amat menghargai persahabatan yang terjalin antara mereka berempat, dari semester 1 sehingga kini. Persefahaman yang wujud antara mereka berempat menjadi punca hubungan ini terus kuat. Sedang mereka berborak sambil menjamu selera di hadapan unggun api bbq, Liya ternampak seorang perempuan yang sedang duduk sendirian di pondok sebelah tidak jauh daripada mereka. Perempuan itu juga terpandang Liya, mereka membalas dengan senyuman. Fikir Liya mungkin perempuan itu datang dari kumpulan yang mereka jumpa petang tadi. Tetapi mengapa dia berseorangan? Barangkali dia sedang menunggu rakannya untuk datang ke pondok itu juga. Setiap kali Liya mengalihkan pandangannya untuk melihat ke arah perempuan tadi, setiap kali itu juga perempuan itu turut memandang Liya. Senyum dibalas dengan senyum.

Jarum jam sudah berdiri tepat di angka 11 malam. Mereka semua mengemas kawasan bbq dan bersedia untuk berehat dan masuk tidur ke challet. Liya orang terakhir yang meninggalkan kawasan tersebut, sewaktu dia ingin membuang sampah ke dalam tong di tepi pondok, Liya tersentak apabila melihat perempuan yang sama dia nampak tadi tetap masih berada di situ. Nak tak nak Liya terpaksa juga menyapa perempuan itu memandangkan kedua-dua mereka sudah saling bertentang mata ketika itu.

"Hai, dari tadi saya nampak awak dekat sini, awak tunggu siapa?" Liya memberanikan diri menegur.

"Saya tak tunggu siapa-siapa, saya suka duduk dekat sini malam-malam. Tenang. Rumah saya dekat depan tu je." Jawab perempuan misteri itu sambil menunjuk ke arah rumah di lereng bukit tidak jauh daripada situ.

Liya tiba-tiba tergamam apabila melihat rumah yang dia nampak petang tadi kini sungguh bercahaya diterangi lampu. Memang berbeza dengan apa yang dilihatnya petang tadi. Jalan kecil untuk menuju ke rumahnya itu juga diterangi lampu. Dirinya berasa hairan dalam kekaguman. Rumah yang dia nampak seperti terbiar petang tadi kini sudah berubah pada waktu malam. Sungguh cantik dilihat dari jauh. Pokok-pokok yang terdapat di sekeliling rumah banglo itu juga seakan bercahaya, rumput-rumput hijau jelas ternampak membentangi laluan kecil ke rumah itu. Macam dalam cerita-cerita fantasi terbitan produksi Disney.

"Jom, saya bawa awak jalan-jalan pergi kawasan sekitar rumah saya" Kata perempuan itu tersenyum. Umurnya jika diamati daripada fikzikal seperti sebaya dengan Liya.

"Saya kena balik challet ni, kawan-kawan saya dah tunggu.." Liya cuba menolak

"Ala tak apa, saya bawak awak jalan-jalan ke rumah saya sekejap sahaja, jangan risau nanti saya hantar awak balik ke sini." Perempuan misteri itu memberi tawaran yang membuatkan Liya berfikir dua kali.

"Ok, tapi sekejap sahaja tau." Kata Liya yang sebenarnya telah terpengaruh dengan kecantikan rumah banglo besar itu pada waktu malam. Sungguh cantik dilimpahi cahaya lampu yang berkilau-kilauan. Liya terus berjalan mengikuti perempuan tadi melalui laluan kecil itu.

Liya hampir tidak percaya apa yang dilihatnya malam itu, dia berasa seperti di alam fantasi! Segala-galanya nampak indah. Rumah banglo itu sangat cantik bagaikan istana, lain benar dengan keadaan yang dia lihat petang tadi. Hamparan rumput hijau di halaman rumah perempuan itu membuatkan Liya terpukau, ada banyak kelip-kelip berterbangan di situ menambahkan lagi keindahannya. Terlalu banyak sehingga Liya boleh capai dengan tangannya. Perempuan itu hanya tersenyum melihat Liya yang sudah teruja. Liya berjalan perlahan-lahan di atas rumput itu dikelilingi ribuan kelip-kelip. Hamparan rumput itu sungguh bersih sehingga dia rasa boleh berbaring dan berguling-guling di atasnya.

Perempuan itu menyuruh Liya menyentuh pokok-pokok menghijau yang terdapat di situ, Liya terkejut apabila pokok-pokok itu bercahaya saat ia disentuh. Pokok itu mengeluarkan pelbagai warna cahaya. Ada kuning, ungu, hijau, biru dan merah. Liya terus kagum dan leka dengan keajaiban dan kecantikan yang baginya seperti di alam fantasi itu. Perempuan misteri itu hanya tersenyum melihat gelagat Liya yang sangat teruja. Permandangan waktu malam itu sungguh hebat, cahaya secara gilang gemilang menerangi kawasan rumah banglo tersebut. Berderet-deret pokok besar mengeluarkan cahaya berwarna-warni, rama-rama dan kelip-kelip terbang mengelilingi Liya bagaikan menyambut kedatangan dia. Liya sudah mulai seronok.

"Mari kita masuk ke dalam, saya bawak awak jumpa mak ayah saya." Perempuan misteri itu mempelawa Liya untuk masuk ke dalam rumah banglo besar tersebut.

"Tapi, saya kena balik ni. Kawan-kawan saya cari saya nanti." Liya menolak tawaran perempuan itu

"Jangan risau, lepas ni saya hantar awak balik ke sana. Kita masuk sekejap jumpa mak ayah saya. Mereka bedua tentu gembira." Kata perempuan misteri itu lagi

Liya berasa teragak-agak untuk menerima pelawaan perempuan misteri tersebut. Dia tidak tahu apa yang bakal ada di dalam rumah banglo besar itu. Belum sempat Liya memberikan kata putus, perempuan itu telah terlebih dahulu menarik tangan Liya untuk masuk ke dalam. Pintu besar dihadapan dibuka. Kelihatan dua orang tua sedang duduk di kerusi mewah kayu yang berukir tradisional. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka memakai pakaian yang bagi Liya sangat aneh. Kedua-duanya memakai baju hitam disulami dengan benang emas.

Mungkin ini lah ibu bapa perempuan misteri tadi, ujar Liya di dalam hati. Mereka tersenyum sambil memandang ke arah Liya. Liya jadi gementar. Dalam pada itu, Liya memerhati sekeliling rumah itu, hiasan dalamnya sungguh aneh, di dinding terdapat berpuluh-puluh potret wajah manusia yang semuanya mempamerkan wajah reaksi ketakutan. Liya perasan yang muka mereka semuanya dalam keadaan basah di dalam gambar potret itu. Liya terus bingung, sebenarnya dia sedang berada di alam apa sekarang ini?

"Erm, terima kasih kerana bawa saya berjalan-jalan ke sini. Rumah awak ini sungguh cantik sekali. Saya suka. Tapi, bolehkah saya minta diri untuk pulang sekarang? Kawan-kawan saya semua sedang tunggu tu." Kata Liya yang sudah dalam keadaan tidak selesa.

"Pulang ke mana wahai anak muda? Tiada siapa yang sudah masuk ke sini boleh pulang ke dunia asal mereka." Kata lelaki tua yang duduk di kerusi itu sambil matanya menatap tepat ke arah Liya.

"Apa?! Dimana saya sekarang ini? Tolong bagi saya balik dan keluar sekarang!" Liya cuba membuka tombol pintu besar itu namun tidak berjaya.

"Cubalah sedapa upaya kamu membuka pintu itu. Pasti tidak berjaya kerana kamu sudah kekal di sini. Tiada jalan keluar jika sudah masuk ke dalam alam ini" Perempuan tua itu berkata sambil tersenyum kepada Liya yang dalam ketakutan. Perempuan misteri yang membawa Liya ke situ itu juga tersenyum sinis.

"Tolonggg!! Tolong!!" Liya menjerit ketakutan apabila melihat air membasahi kakinya. Semakin lama air itu semakin tinggi naik ke badan Liya. Dari jauh kelihatan 3 orang yang berada di hadapannya tadi ketawa melihat Liya yang dalam keadaan terseksa. Muka mereka berubah menjadi suatu wajah yang menakutkan. Wajah mereka menjadi putih pucat, dagu mereka memanjang, mulut mereka tersenyum menampakkan gigi taring. Liya terus terkapai-kapai di dalam air yang sudah menenggelamkan keseluruhan tubuh kecilnya.

...............................................

Keesokan paginya jasad Liya ditemui di celah batu sungai. Tubuh Liya sudah kebiruan. Matanya terjegil keluar. Liya menjadi antara mangsa yang ke berapa puluh ditemui mati lemas di sungai Tanjung Cempaka. Zeti, Fara, dan Anis meraung menangisi pemergian sahabat baik mereka itu. Kematian yang tanpa mereka duga. Kejadian ini sama seperti kes-kes mati lemas seperti yang lepas-lepas. Ada apa dengan rumah banglo besar di lereng bukit tersebut? Semuanya kekal menjadi misteri. Jika mangsa yang mati lemas ini diberi peluang untuk menceritakan semula apakah sebenarnya yang terjadi, pasti semuanya akan menceritakan pengalaman yang sama.

Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/

Comments

Popular posts from this blog

A Wish Come True (A Short Story)

I woke up with a start when I found myself in a very unfamiliar place. The bed I was lying on was grand—an English-quilting blanket and 2 soft pillows with flowery laces. The whole place was fit for a king! Suddenly the door opened and there stood my dream prince: Katsuya Kimura! I gasped in astonishment for he was actually a cartoon character. I did not know that he really exist. “Wake up, dear,” he said and pulled off the blanket and handed it to a woman who looked like the maid. “You will be late for work.” “Work?” I asked. “Yes! Work! Have you forgotten your own comic workhouse, baby dear?” Comic workhouse?! I…I have became a cartoonist? That was my wildest dreams! Being a cartoonist! I undressed and changed into my beige T-shirt and black trousers at once and hurriedly finished my breakfast. Katsuya drove me to the workhouse. My, my, was it big! I’ve never seen a bigger place than this! Katsuya kissed me and said, “See you at four, OK, baby?” I blushed scarlet. I always wan...

Hans and Hilda

Once upon a time there was an old miller who had two children who were twins. The boy-twin was named Hans, and he was very greedy. The girl-twin was named Hilda, and she was very lazy. Hans and Hilda had no mother, because she died whilst giving birth to their third sibling, named Engel, who had been sent away to live wtih the gypsies. Hans and Hilda were never allowed out of the mill, even when the miller went away to the market. One day, Hans was especially greedy and Hilda was especially lazy, and the old miller wept with anger as he locked them in the cellar, to teach them to be good. "Let us try to escape and live with the gypsies," said Hans, and Hilda agreed. While they were looking for a way out, a Big Brown Rat came out from behind the log pile. "I will help you escape and show you the way to the gypsies' campl," said the Big Brown Rat, "if you bring me all your father's grain." So Hans and Hilda waited until their father let them out, ...

I've Learned...

Written by Andy Rooney, a man who had the gift of saying so much with so few words. Rooney used to be on 60 Minutes TV show. I've learned.... That the best classroom in the world is at the feet of an elderly person. I've learned.... That when you're in love, it shows. I've learned .... That just one person saying to me, 'You've made my day!' makes my day. I've learned.... That having a child fall asleep in your arms is one of the most peaceful feelings in the world. I've learned.... That being kind is more important than being right. I've learned.... That you should never say no to a gift from a child. I've learned.... That I can always pray for someone when I don't have the strength to help him in any other way. I've learned.... That no matter how serious your life requires you to be, everyone needs a friend to act goofy with. I've learned.... That sometimes all a person needs is a hand to hold and a heart to understand. I...