Kisah seram ini terjadi di kampung saya sendiri beberapa tahun lama dahulu dan mangsanya juga adalah kawan sekampung saya sendiri. (Kepada rakan saya ini yang sedang membaca, apa khabar? dah lama kan kita tak bersua) Waktu itu sudah lewat pagi, rakan saya yang seorang ni sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah dari kedai mamak tempat biasa dia melepak. Untuk pulang ke rumah, dia perlu melalui satu simpang yang mempunyai tembok batu di kiri dan kanan jalannya. Sewaktu lalu di situ, rakan saya ini sudah terserempak dengan seorang lelaki yang sedang duduk seorang diri di tembok itu.
Difikirkannya orang sekampung, jadi dia pun memberhentikan motosikalnya untuk menegur lelaki yang sedang duduk di tembok itu. Rakan saya ni memang peramah tidak ikut tempat dan masa. Setelah bertegur sapa dan berbual sedikit, lelaki yang keseorangan itu ingin menumpang rakan saya ni pulang ke rumah. Rakan saya yang baik hati ini pun dengan sukarela menumpangkannya memandangkan rumah lelaki itu satu jalan dengan rumah dia. Sewaktu sedang menunggang, rakan saya bertanyakan kepada lelaki tadi sama ada rumahnya jauh lagi atau tidak. Namun lelaki itu hanya diam sahaja tidak bersuara.
Rakan saya pada ketika itu risau kerana dia sudah menunggang hampir ke hujung kampung, tapi lelaki yang ditumpanginya itu masih diam membisu tidak memberitahu di mana rumahnya. Jadi rakan saya ini membuat keputusan untuk menoleh ke belakang. Tetapi apa yang dilihatnya bukan lelaki tadi, tetapi lembaga berkain putih yang kelihatan seperti sedang berdiri di atas kerusi belakang motornya. Apa lagi, rakan saya ni pun terus masuk gear tujuh untuk memecut walaupun motosikanya hanya mempunyai lima gear sahaja. Dia terus menunggang ke jalan utama kampung dan berhenti di stesyen minyak 24 jam di situ.
Moral: Jangan jadi peramah tak tentu arah.
Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/
Comments