Jam menunjuk pukul 11 malam. Amira baru sahaja pulang dari perpustakaan di universiti. Dia ada study group dengan rakan-rakannya memandangkan lagi seminggu akan ada ujian statistik. Dia pulang membawa kereta ke rumah sewanya di apartment Baiduri. Dia pulang keseorangan.
Sampai sahaja ke apartmentnya, dia pergi ke arah lif untuk naik ke tingkat 14 iaitu tingkat paling atas. Sewa agak murah di tingkat itu. Apabila pintu lif terbuka, dia masuk dan menekan butang 14. Sebaik sahaja pintu mahu tertutup, ada seorang lelaki yang kacak masuk ke dalam dan berdiri sebelah Amira.
"Awak naik ke tingkat 14?" tanya lelaki kacak itu.
"Ya saya." jawab Amira.
"Oh saya tinggal di tingkat 13.''
"Tak tanya pun."
Lif mula naik ke atas. Mereka berdua berdiri dalam keadaan janggal. Sesekali Amira mengintai lelaki itu. Dia lihat lelaki itu berpakaian pejabat seperti baru balik kerja. Tiba-tiba Amira ternampak ada kesan merah di baju pergelangan tangan lelaki itu. Amira mula risau dan berfikir bukan-bukan. Dia takut itu adalah kesan darah.
Lif mula naik satu tingkat ke satu tingkat. Amira menunggu dengan penuh risau dan takut dia di apa-apakan oleh lelaki itu. Apabila lif sampai ke tingkat 13, lelaki itu mula keluar.
"Ok kita jumpa lagi ye." kata lelaki itu sambil keluar dari pintu lif.
Amira tidak menjawab dan berharap lelaki itu cepat pergi. Semasa pintu lif mahu ditutup. Lelaki itu pusing ke depan pintu lif dan mengeluarkan pisau yang berlumur darah dari jaketnya.
"Tingkat 14! Hahaha!" jerit lelaki itu.
Lelaki itu gelak seperti orang gila dan terus berlari ke arah tangga. Dia naik ke tingkat 14. Amira begitu terkejut dan cuba menekan butang berhenti namun sudah terlambat. Lif itu sudah mula naik ke tingkat 14.
Apabila lif sampai ke tingkat 14, pintu lif terbuka dan lelaki tadi sudah berdiri di depannya sambil memegang pisau.
p/s. Kisah ini dikatakan kisah benar yang berlaku di Korea. Wanita itu dijumpai mati ditikam di dalam lif itu.
Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/
Comments