Skip to main content

Malay Creepypasta: Rancangan Melarikan Diri


Siti seorang gadis yang cantik namun dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana kesalahan membunuh. Siti tidak dapat menerima kenyataan yang dia terpaksa menghabiskan masa hidupnya di penjara. Siti mula membuat satu rancangan untuk melarikan diri.

Siti menjadi kawan baik dengan Nik, seorang pekerja di penjara itu. Tugas Nik ialah mengebumikan mayat banduan yang meninggal dunia di penjara itu. Mayat banduan akan ditanam di kubur yang terletak di luar penjara. Apabila terdapat satu kematian, loceng penjara akan dibunyikan dan didengari oleh semua penghuni penjara.

Nik akan meletakkan mayat banduan ke dalam keranda. Selepas itu dia akan ke bilik pejabat untuk mengisi sijil kematian buat si mati dan kembali semula ke bilik mayat untuk memaku keranda itu. Akhirnya dia akan membawa keranda itu ke kubur dan kebumikannya.

Siti mula mengetahui rutin kerja Nik. Dia merancang satu pelan melarikan diri dan berkongsi kepada Nik. Apabila bunyi loceng bunyi sekali lagi, Siti akan keluar dari sel dan pergi ke bilik mayat secara senyap-senyap.

Selepas itu Siti akan bersembunyi di dalam keranda bersama mayat yang baru meninggal dunia. Apabila Nik selesai mengisi sijil kematian, Nik akan memaku keranda itu dan tanamkan Siti bersama mayat itu sekali.

Siti percaya yang dia masih boleh bernafas di dalam keranda itu sehingga waktu petang iaitu waktu Nik pulang kerja. Siti akan tunggu Nik untuk mengeluarkan dia semula dari kubur itu.

Nik teragak-agak dengan rancangan Siti namun disebabkan mereka sudah berkawan lama, Nik akur dengan rancangan itu. Siti menunggu beberapa minggu untuk ada banduan yang dikenakan hukuman mati.

Pada suatu malam, Siti terjaga dari tidur apabila mendengar bunyi loceng. Siti membuka kunci sel dia dengan kunci yang dicuri dari pengawal. Siti berjalan perlahan-lahan ke bilik mayat. Dia hampir tertangkap namun berjaya meloloskan diri.

Siti membuka pintu bilik mayat dan masuk dalam keadaan gelap. Siti terjumpa satu keranda yang baru disediakan. Siti buka keranda dan melihat ada mayat disitu. Siti masuk ke dalam keranda dengan berhati-hati supaya tiada siapa yang dengar. Siti akan menunggu Nik datang untuk dia memaku keranda itu.

Tidak lama kemudian Siti terdengar bunyi tapak kaki dan keranda itu dipaku oleh seseorang. Siti rasa Nik yang sedang memaku keranda itu. Siti agak tidak selesa berada di dalam keranda bersama mayat namun dia terpaksa bersabar demi mendapat kebebasan.

Keranda itu di letak di dalam van mayat dan di bawa ke kawasan perkuburan. Siti dapat merasakan dia di angkat dan diletakkan di tanah. Siti terdengar bunyi pasir-pasir yang jatuh di atas kerandanya. Siti berdiam diri supaya tidak didengari oleh sesiapa. Siti berharap Nik mengeluarkan dia dari keranda itu secepat mungkin.

Setelah beberapa minit dikebumikan, Siti mula ingin tahu siapakah mayat yang baru meninggal dunia ini. Siti mengeluarkan lighter di poketnya dan nyalakan ia. Cahaya mula menerangi sedikit ruang di dalam keranda. Siti membuka ikatan kain kapan itu dan perlahan-lahan dia selak kain itu untuk melihat wajah siapa di sebalik kain itu.

Alangkah terkejutnya Siti apabila melihat wajah mayat disebelahnya itu adalah wajah kawannya Nik. Nik meninggal dunia akibat dibelasah oleh banduan di penjara itu kerana berkawan rapat dengan Siti.

Siti mula meronta dan cuba memecahkan keranda itu namun ia dipaku begitu ketat sekali. Akhirnya Siti tidak dapat buat apa-apa dah hanya menunggu maut datang menjemputnya sambil ditemani mayat Nik yang kian mereput dimakan ulat.

Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/

Comments

Popular posts from this blog

A Wish Come True (A Short Story)

I woke up with a start when I found myself in a very unfamiliar place. The bed I was lying on was grand—an English-quilting blanket and 2 soft pillows with flowery laces. The whole place was fit for a king! Suddenly the door opened and there stood my dream prince: Katsuya Kimura! I gasped in astonishment for he was actually a cartoon character. I did not know that he really exist. “Wake up, dear,” he said and pulled off the blanket and handed it to a woman who looked like the maid. “You will be late for work.” “Work?” I asked. “Yes! Work! Have you forgotten your own comic workhouse, baby dear?” Comic workhouse?! I…I have became a cartoonist? That was my wildest dreams! Being a cartoonist! I undressed and changed into my beige T-shirt and black trousers at once and hurriedly finished my breakfast. Katsuya drove me to the workhouse. My, my, was it big! I’ve never seen a bigger place than this! Katsuya kissed me and said, “See you at four, OK, baby?” I blushed scarlet. I always wan...

To A Beautiful Person

If God had a refrigerator, your picture would be on it. If He had a wallet, your photo would be in it. He sends you flowers every spring. He sends you a sunrise every morning. Whenever you want to talk, he listens. He can live anywhere in the universe, but he chose... your heart. Face it friend, He is crazy about you! God didn't promise days without pain, laughter without sorrow, sun without rain, but He did promise strength for the day, comfort for the tears, and light for the way.

Choking on Ink

My grandmother told me when she was in high school an old math teacher in his 60’s named Harold Davidson was teaching math and one of his students wouldn’t stop tapping his pen during class.  The teacher went berserk and lost his mind. He snatched the pen and attacked the kid, lodging the pen down the child’s throat while his classmates looked on screaming. While struggling, the kid kicked the teacher in the chest with the little energy he had left. The teacher collapsed and they both died at the same time. When school was back in session and math class began with the new teacher, the class noticed that a weird symbol appeared on the chalk board. The symbol had lines inside of a circle. All the lines within the circle were the common math symbols = + x and division.  If you outline certain parts of the symbol it looks as if a pacman shape has a line going through its mouth or maybe a head getting choked with a pen. The teacher asked who drew it but no one came f...