Lapan tahun yang lalu, saya bekerja di sebuah syarikat keselamatan di Johor. Ia merupakan syarikat yang kecil namun banyak projek yang perlu dihabiskan. Saya dengan Kamal kena menghadiri satu meeting di Kertih, Terengganu. Jadi saya menempah empat bilik bujang di hotel budget untuk saya, Kamal, dan dua orang VIP yang turut serta dalam meeting tersebut. Sehari sebelum meeting itu, saya menelefon pihak hotel untuk memastikan tempahan bilik kami masih ada namun saya dapat berita yang tidak gembira. Pihak hotel telah membuat kesilapan dimana mereka hanya menyediakan dua bilik bujang untuk kami. Malangnya semua bilik telah penuh. Setelah membuat aduan kepada pengurus hotel, mereka kata akan menyediakan satu bilik kembar dengan harga yang sama seperti bilik bujang. Oleh kerana tiada pilihan, saya bersetuju untuk berkongsi dengan Kamal di bilik kembar itu. Dua bilik bujang itu diberikan kepada dua orang VIP. Pada keesokan harinya. Kami menghadiri meeting tersebut sehingga selesai dan pulang k...
Stories that are collected from the depths of the unknown or spawned from the deep recesses of my mind...