Stories that are collected from the depths of the unknown or spawned from the deep recesses of my mind...
Thursday, March 3, 2016
Malay Creepypasta: Perkhemahan Yang Menyeramkan
Kisah seram ni telah diceritakan oleh kawan saya ketika kami melepak di mamak beberapa bulan yang lepas. Sambil menghirup teh tarik dan menyedut rokok Dunhill dia terus memulakan ceritanya. Dia dan 7 orang rakan sekerjanya yang kesemuanya lelaki ketika itu sedang ber camping di satu tempat perkhemahan di dalam kawasan yang dikelilingi hutan. Pada malam itu setelah memacakkan khemah, masing-masing berkumpul di hadapan unggun api. Mereka semua duduk di atas sebentang tikar yang dibawa oleh salah seorang kawan mereka.
Mereka berbual dan bergelak sakan beramai-ramai sambil bermain kad. Kata orang jika kita berada di tempat-tempat sebegitu kita haruslah mematuhi adap-adap dan etika tertentu. Mungkin kerana terlalu agak seronok habis semua pantang larang dan adap-adap dilanggar. Ada yang bermain kad sambil bertaruh wang dan bertaruh rokok (Sekali lagi jangan tiru aksi ini). Malam itu mereka semua amat gembira menghabiskan waktu-waktu cuti mereka. Hal terjadi sewaktu mereka semua dalam perjalanan pulang.
Kereta yang dinaiki terasa berat, adakalanya mereka merasakan seperti ada seseorang yang sedang menumpang duduk sekali di kerusi belakang. Sehinggalah sampai di rumah. Macam-macam hal aneh terus berlaku. Rakan pemilik tikar yang mereka gunakan sewaktu perkhemahan itu hampir satu ahli keluarganya mengalami sakit dan mereka selalu ternampak seperti ada suatu lembaga hitam di rumahnya. Ustaz perubatan Islam yang datang mengubati memberitahu sama ada dia ada terambil sesuatu daripada hutan itu.
Tetapi dia yakin dia tidak mengambil apa-apa pulang. Ustaz itu memberitahu bahawa ada sesuatu dari sana yang mengikutnya pulang dan telah menginapi benda milik dia. Langsung terus dia teringat tentang tikar yang mereka duduk beramai-ramai pada malam itu. Ustaz membaca doa dan ayat-ayat pelindung dan rakan kepada rakan saya ini disuruh membuang tikar itu di tempat di mana mereka semua ber camping. 'Benda' itu telah di pulang ke tempat asalnya. Sejak dari hari tu semuanya kembali tenang seperti biasa. Tiada lagi gangguan makhluk hitam.
p/s: Jangan nak seronok sangat sewaktu di tempat-tempat macam ni.
Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
I Talked to God. I Never Want to Speak to Him Again
About a year ago, I tried to kill myself six times. I lost my girlfriend, Jules, in a car accident my senior year of high school. I was...
-
If God had a refrigerator, your picture would be on it. If He had a wallet, your photo would be in it. He sends you flowers every spring. He...
-
Once upon a time there was an old miller who had two children who were twins. The boy-twin was named Hans, and he was very greedy. The gi...
-
My grandmother told me when she was in high school an old math teacher in his 60’s named Harold Davidson was teaching math and one of his ...

No comments:
Post a Comment