Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Malay Creepypasta: Hotel Budget

Lapan tahun yang lalu, saya bekerja di sebuah syarikat keselamatan di Johor. Ia merupakan syarikat yang kecil namun banyak projek yang perlu dihabiskan. Saya dengan Kamal kena menghadiri satu meeting di Kertih, Terengganu. Jadi saya menempah empat bilik bujang di hotel budget untuk saya, Kamal, dan dua orang VIP yang turut serta dalam meeting tersebut. Sehari sebelum meeting itu, saya menelefon pihak hotel untuk memastikan tempahan bilik kami masih ada namun saya dapat berita yang tidak gembira. Pihak hotel telah membuat kesilapan dimana mereka hanya menyediakan dua bilik bujang untuk kami. Malangnya semua bilik telah penuh. Setelah membuat aduan kepada pengurus hotel, mereka kata akan menyediakan satu bilik kembar dengan harga yang sama seperti bilik bujang. Oleh kerana tiada pilihan, saya bersetuju untuk berkongsi dengan Kamal di bilik kembar itu. Dua bilik bujang itu diberikan kepada dua orang VIP. Pada keesokan harinya. Kami menghadiri meeting tersebut sehingga selesai dan pulang k

Malay Creepypasta: Tepukan

Pada suatu hari, ada sepasang suami isteri melakukan aktiviti mendaki di gunung. Bila matahari mula mahu terbenam, mereka menyedari bahawa mereka telah sesat. Si isteri mula risau dan ditenangkan oleh suaminya. Mereka cuba mencari jalan pulang ke kereta mereka namun menemui kegagalan. Mereka semakin terdesak kerana hari semakin gelap. Mereka tiada kompas atau peta dan semua pokok kelihatan sama sahaja. Sebaik sahaja mereka mahu berputus asa, mereka terjumpa sebuah rumah dua tingkat di tengah hutan. Rumah itu kelihatan usang dan tiada tanda ada penghuni di situ. Si suami ketuk pintu rumah tersebut namun tiada siapa yang menyahut. Pintu terbuka sebaik sahaja suami memusing tombol pintu itu. Mereka berdua masuk ke dalam rumah tersebut. Rumah itu kelihatan rosak teruk dan penuh dengan debu tebal. Ini menyakinkan mereka rumah ini sudah lama tidak berpenghuni. Mereka bercadang untuk bermalam disini sehingga pagi esok. Suami mula mencari sesuatu yang boleh menjadi sumber cahaya dan dia menjum

Malay Creepypasta: Kabus Tebal

Ketika saya berumur 14 tahun, ayah saya suka bawa saya pergi mendaki bukit. Pada suatu hari, bukit yang kami daki mula berkabus sehingga sukar untuk melihat jalan. Kami membuat keputusan untuk patah balik. Ayah saya pegang tangan saya supaya tak jatuh semasa turun bukit. Ketika kami turun satu cerun yang curam, saya ternampak ada satu lembaga di dalam kabus tebal. Ayah saya pegang tangan saya. "Ouch! Sakitlah ayah." tangan saya digengam begitu kuat. "Tutup mata kau nak! Jangan sesekali buka mata sehingga ayah suruh. Ikut sahaja ke mana ayah pergi." Ayah kelihatan serius dan nadanya sungguh marah sekali. Saya ikutkan sahaja tanpa menyoal. Ayah memegang erat tangan saya sambil berjalan menembusi kabus tebal itu. Saya tutup rapat mata saya seperti yang diarahkan. Apabila kami berada di kabus tebal itu, saya terdengar suara kecil memanggil "Mati! Mati! Mati!" Kami meneruskan perjalanan sehingga sampai ke rumah kami. Saya dibenarkan untuk buka mata semula. Seja

I've Learned...

Written by Andy Rooney, a man who had the gift of saying so much with so few words. Rooney used to be on 60 Minutes TV show. I've learned.... That the best classroom in the world is at the feet of an elderly person. I've learned.... That when you're in love, it shows. I've learned .... That just one person saying to me, 'You've made my day!' makes my day. I've learned.... That having a child fall asleep in your arms is one of the most peaceful feelings in the world. I've learned.... That being kind is more important than being right. I've learned.... That you should never say no to a gift from a child. I've learned.... That I can always pray for someone when I don't have the strength to help him in any other way. I've learned.... That no matter how serious your life requires you to be, everyone needs a friend to act goofy with. I've learned.... That sometimes all a person needs is a hand to hold and a heart to understand. I'

Malay Creepypasta: Teksi Kuning

Beberapa tahun yang lalu, saya bekerja di South Korea sebagai guru bahasa Inggeris. Saya tinggal di sebuah apartment dan berkongsi dengan dua orang gadis korea iaitu Mi Sun dan Hwa Young. Pada satu malam, kami pergi 'clubbing' untuk melepaskan 'tension'. Kami minum dan menari berjam-jam lamanya. Bila hari sudah terlalu lewat, kami pun bercadang untuk pulang menaiki teksi. Semasa kami berada di perhentian bas, saya menahan sebuah teksi kuning. Mi Sun dan Hwa Young duduk di kerusi belakang dan saya duduk di hadapan. Pemandu teksi itu agak berumur. Dia fasih berbahasa Inggeris dan suka membuat lawak. Saya tidak dapat menahan ketawa apabila mendengar lawaknya. Namun Mi Sun dan Hwa Young hanya berdiam sahaja. Bila saya memandang belakang, muka mereka agak pucat. "Kenapa ni? Kenapa korang diam je? saya bertanya kepada mereka. Mereka tidak menjawab dan hanya duduk tegak sambil mata memandang terus kehadapan. Tiba-tiba Hwa Young berkata sesuatu kepada pemandu teksi dalam b

Malay Creepypasta: Kawan Lama

Tangga bas dituruni satu persatu, Amar berdiri sebentar di bahu jalan bagi memberi laluan kepada bas yang dinaikinya tadi untuk bergerak pergi. Asap dan debu daripada bas tersebut membuatkan Amar terbatuk kecil. Amar menyeberangi jalan besar dua hala itu untuk menuju ke rumahnya. Sudah setahun lebih sejak sibuk dengan pengajian di ibu kota Amar tidak pulang ke kampung. Tahun akhir merupakan tahun yang sibuk buatnya, itu belum termasuk kesibukan menjalani latihan industri di ibu kota yang sama. Kebetulan latihan industrinya baru sahaja tamat pada Rabu lepas dan dia mempunyai cuti satu minggu sebelum kembali ke pusat pengajian semula bagi membentangi tesisnya kepada pensyarah. Rindu dia pada orang tuanya tidak dapat dibendung lagi, saban hari dia menghubungi melalui telefon bertanya khabar dan kesihatan. Amar anak bongsu, adik-beradiknya yang lain sudah berkeluarga sendiri dan masing-masing tinggal berjauhan. Bas yang dinaikinya tadi merupakan bas yang terakhir pada malam itu. Pukul 11 m

Malay Creepypasta: Mayat Berjalan

Kisah seram kali ni merupakan pengalaman seram sebenar yang kenalan admin kongsikan kepada admin. Dia merupakan seorang petugas bahagian pengurusan mayat di salah sebuah hospital yg terletak di Lembah Klang. Nama beliau dan nama hospital terpaksa di rahsiakan atas hal-hal keselamatan. Kisah ini terjadi beberapa tahun yang lepas dan ia bermula begini.. Sebagai seorang perempuan dan bertugas di bahagian pengurusan mayat, Amira (Bukan nama sebenar) sering mendapat pertanyaan dan soalan-soalan tipikal dalam kalangan rakan-rakannya. Dia bukanlah tidak takut bekerja di dalam makmal dan bilik yang menguruskan mayat, tetapi bagi dirinya dia sudah biasa dengan keadaan-keadaan sebegitu. Dari kes lemas, kemalangan, sakit tua, sehinggalah ke bunuh diri, sudah puas dia 'menikmati permandangan' keadaan mayat yang bermacam-macam kes nya. Lama kelamaan dia sudah biasa dengan kerjanya itu. Tiada apa yang perlu ditakuti, kerana apa yang berada dihadapannya itu sudah tidak bernyawa lagi. Namun ad

Malay Creepypasta: Hantu Raya Pak Hamid

Dayah memandang pokok-pokok bunga yang tergantung diberanda rumahnya sambil tersenyum. Puas hatinya apabila melihat bunga itu mekar dengan sihat. Dayah memang seorang yang sangat gemarkan tumbuh-tumbuhan dan alam semulajadi. Habis penuh kawasan rumahnya dihiasi bunga-bunga yang cantik dan rumahnya kelihatan indah jika dipandang dari jauh. Ada yang biru, kuning, hijau, merah, ungu dan bermacam-macam aneka warna lagi. Baginya, tumbuh-tumbuhan alam semulajadi ini bagaikan satu terapi jiwa buatnya. Hatinya tenang melihatkan kehijauan kawasan rumahnya itu. Pada setiap pagi dan petang rutin hariannya tidak ditinggalkan, jika tidak maka layulah bunga-bunga dan pokok-pokok jagaan Dayah itu. Sebelum pergi dan selepas pulang dari kerja, Dayah akan menyiram pokok-pokok bunganya itu. Anak perempuannya yang berumur 7 tahun itu pun sudah diajar menyayangi tumbuhan-tumbuhan. Adakalanya dia turut membantu menyiram dan menanam pokok-pokok bunga di pasu dan kawasan sekitar halaman rumah mereka. Suami Da

Malay Creepypasta: Video Ngeri

AMARAN: Segala nama, watak dan jalan cerita dalam penulisan kami adalah FIKSYEN. Tidak ada kena mengena sama ada dengan yang hidup atau pun mati. Anda dilarang sama sekali meniru adegan-adegan yang terdapat di dalam kisah ini dan kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kecelaruan serta akibat buruk daripadanya. ........................................ Butang muat turun di tekan, tempoh waktu muat turun menunjukkan 20 minit. Sambil menunggu video-video tersebut untuk di muat turun, Joni duduk bersandar sebentar di kerusi berhadapan komputernya. Kotak Winston merah di atas meja dicapai. Joni mengeluarkan isinya dan meletakkan di hujung bibir lalu menyalakannya. Asap dihembus, memenuhi segenap ruang bilik kecil itu. Sambil menyedut, Joni tersenyum memerhatikan skrin komputernya. Proses muat turun hampir selesai. Joni, 23 tahun. Merupakan seorang pelajar sebuah kolej di ibu kota. Dia menyewa sebuah rumah kecil di flat di dalam lautan hutan batu itu. Rumahnya itu bersaiz kecil se

Malay Creepypasta: Pembonceng Malam

Dalam keheningan mentari senja kelihatan seorang lelaki sedang menolak motosikalnya di sebatang jalan. Dari segi gaya dan pakaian nampaknya lelaki itu seperti sedang pulang kerja. Nasibnya tidak baik kerana motosikal yang baru dibelinya beberapa minggu lepas tiba-tiba rosak. Zubir, bekerja sebagai penghantar surat atau bahasa mudahnya mat despatch. Dalam keadaan muka yang agak sedikit marah ditambah pula dengan kepenatan, Zubir menolak motosikalnya untuk pulang ke rumah yang terletak lagi kira-kira 5 kilometer. Dalam hatinya dia mahu singgah dahulu ke bengkel motor Ah Seong. "Sial punya motor, selalu buat hal! Aku baru beli kau tak sampai sebulan pun" Zubir menyumpah seranah sambil menolak motosikal barunya itu. Sebenarnya motosikal yang baru dibeli Zubir itu bukanlah motosikal baru sebaliknya motosikal 'second hand' yang dibeli dari seorang lelaki di kawasan tempat tinggalnya. Oleh kerana ingin berjimat Zubir terpaksa membuat keputusan untuk hanya memiliki sebuah mot

Malay Creepypasta: Binatang Kesayangan

Langit petang semakin mendung, awan gelap perlahan-perlahan berarak menutupi seluruh kawasan pekan kecil itu. Hari sudah mula menunjukkan tanda-tanda mahu hujan. Nadia mempercepatkan langkahnya, beg yang disandangnya sebentar tadi diletakkan di atas kepala bagi melindungi daripada hujan renyai. Kaki lima yang dilalui Nadia semakin basah oleh kerana hujan yang semakin lebat. Dia sudah biasa pergi dan pulang ke kelas tuisyen dengan berjalan kaki. Selalunya dia membawa payung bagi mengelakkan kulit mulusnya itu terkena panas, tetapi hari itu dia terlupa oleh kerana ingin cepat. Nadia yang tadinya berlari-lari anak kini terus berlari laju kerana hujan semakin lebat. Usahanya dengan meletakkan beg di atas kepalanya tadi seakan sia-sia kerana dia hampir basah lencun. Dalam berlari Nadia ternampak sebuah pondok menunggu bas yang terletak di atas kaki lima di tepi jalan. Dia terus berlari menuju ke pondok itu sebagai tempat untuk berteduh sementara. Nadia memilih untuk duduk dahulu di bangku p

Malay Creepypasta: Roh Tidak Aman

Amin menolak-nolak kereta permainannya di atas lantai ruang tamu. Begitu girang sekali dia bermain sambil diselang-selikan dengan gelak tawa. Ibunya, Hanis yang sedang masak hanya memerhatikan gelagat anaknya itu dari sudut dapur. Dia memandang sambil tersenyum. Amin terus bermain, habis dipunggahnya permainan-permainan yang terletak di rak almari khas dan diletakkan semuanya di lantai. "Kakak suka tak mainan kereta ni, semalam Ayah Amin baru belikan tau untuk Amin" Kata Amin sambil menolak-nolak kereta permainan itu. Hanis yang sedang memotong sayur di meja terhenti mendengar suara anaknya. Dia terus menjengukkan kepalanya sedikit ke ruang tamu untuk melihat Amin. "Amin. Amin cakap dengan siapa tu?" Hanis menegur Amin yang tengah asyik bermain. Hanis hairan kerana rasanya hanya dia berdua sahaja di dalam rumah ketika itu. "Amin cakap dengan kakak tu, dia datang nak main sama-sama dengan Amin. Tu nampak dia tengah duduk dekat tepi almari. Kakak kenapa duduk jau